Rakyat ‘bos’, kembali kepada mereka siapa bentuk kerajaan, kata Khaled Nordin

Seorang naib presiden Umno meminta pilihan raya diadakan bagi menyelesaikan ketidaktentuan politik dalam negara ketika ini.

” Rakyat adalah ‘bos’, kita kembali kepada mereka, hanya mereka dapat memperbaiki keadaan ini,” kata Khaled Nordin ketika mengulas situasi semasa politik negara.

Bekas menteri besar Johor itu berkata, tidak ada apa yang perlu ditakutkan untuk kembali kepada rakyat bagi mendapatkan mandat baru.

“Sudah pasti kerajaan akan berdepan masalah di Parlimen, terutama ketika pembentangan Belanjawan 2021.



“Lebih baik adakan pilihan raya untuk selesaikan semua ketidaktentuan ini, segala macam dakwaan akan terus dibuat sampai pilihan raya diadakan,” katanya.

Khaled turut berkata, pilihan raya akan membolehkan semua pihak membuktikan sokongan mereka dan mendapat mandat yang kuat untuk mentadbir negara.

Terdahulu, pemimpin pembangkang Anwar Ibrahim mengumumkan beliau mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan baharu.

Beliau turut menyatakan Yang di-Pertuan Agong memberinya perkenan untuk menghadap, namun ia ditunda berikutan Agong dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) pada Isnin.



Khaled adalah pemimpin Umno terbaru meminta pilihan raya diadakan.

Sebelum itu, ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz berkata akan menarik balik sokongannya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang memiliki majoriti tipis di Parlimen, tetapi jika hanya ia membawa kepada pilihan raya mengejut. FMT

PPBM dulu curi ahli parlimen, sekarang umpan parti komponen – Khaled



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker