Gambar Wanita Teduhkan ‘Aunty’ Guna Fail Ini Buat Netizen Bangga Jadi Rakyat Malaysia

Walaupun hidup dalam masyarakat pelbagai kaum dan bangsa namun rakyat kita sememangnya diketahui di dalam dan luar negara sebagai sebuah negara mengamalkan sikap perpaduan yang tinggi.

Daripada perkongsian makanan, budaya, sikap bertolak ansur sehinggalah rasa saling hormat-menghormati antara satu sama lain, rakyat Malaysia telah hidup dengan penuh harmoni dan aman damai sejak daripada dahulu lagi.

Dan jika pernah ada yang meragui perpaduan kita sebagai rakyat Malaysia, gambar tular di Facebook ini mungkin boleh menjadi penjelasan terbaik buat mereka tentang keharmonian dalam masyarakat berbilang kaum di negara kita.

Gambar tular yang menunjukkan seorang wanita bertudung memayungi aunty daripada panas dengan menggunakan fail miliknya ketika beratur mula mencuri tumpuan netizen sejak semalam.



Hantaran tular itu difahamkan dikongsikan cucu kepada aunty tersebut, Privitha Maimaran di Facebook dengan tujuan untuk berterima kasih kepada wanita terbabit yang beratur bersama neneknya ketika itu.

Bangga jadi rakyat Malaysia
“Dari pihak nenek dan keluarga, saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih wanita Melayu yang memegang fail untuk melindungi nenek saya daripada panas ketika sedang beratur di luar bank untuk tempoh yang agak lama.

“Tujuan saya berkongsikan perkara ini adalah kerana ketika waktu ini masih ada orang di luar sana yang tidak membezakan perkauman dan masih menghormati orang tua dari pelbagai bangsa,” tulisnya di Facebook.

Perkongsian wanita itu bukan sahaja mendapat lebih 15,000 shares di Facebook malah turut dikongsikan kembali di platform media sosial Twitter dengan rata-rata netizen teruja dan bangga melihat semangat perpaduan yang ditunjukkan. Vocket



Meletup, asam pedas madu tiga, pasti terangkat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker