Meletup, asam pedas madu tiga, pasti terangkat

Kita sering dimomokkan, disajikan dan dihenjutkan bagai spring besi buaian baby, berita berita kurang menarik apabila berkahwin lebih satu.

Memang ramai yang ada problem, begitu juga ramai yang bahagia, berapa banyak berita yg kita dengar tentang kebahagiaan berkahwin dua?

Mungkin tidak ada, mungkin dua kali atau tiga kali sahaja kita mendengar, berita negatif mahu 20 atau 30 kali dengar dalam setahun.

“Kedua-dua cawangan gerai asam pedas diberi nama Gerai Asam Pedas Madu Tiga, hasil idea isteri pertama yang merasakan nama itu unik, menggambarkan kehidupan saya bersama tiga isteri.

“Alhamdulillah, bukan saja kehidupan bersama tiga isteri dan 11 anak bahagia, malah kehidupan kami kini semakin stabil berkat perniagaan yang dijalankan,” kata Nor Yunos Gareng, 67.


NOR Yunos (kiri) bersama Sarah (dua dari kiri) dan anak serta kakitangannya
NOR Yunos (kiri) bersama Sarah (dua dari kiri) dan anak serta kakitangannya

Beliau berkata, dia menjalankan perniagaan asam pedas sejak enam tahun lalu bermula dengan gerai pertama di Pekan Nenas, Pontian yang kini diuruskan isteri kedua Trisunarti Ningsih, 53, dan ketiga Mursita Herman, 40.

Gerai asam pedas kedua di Kulaijaya yang dibuka pada empat tahun lalu pula diuruskan isteri pertama Sarah Sirat, 64.

“Sejak kecil saya kerap ke dapur membantu ibu memasak dan daripada situ saya mempelajari pelbagai resipi masakan.

Asam Pedas Restoran Tiga Lima, Bandar Hilir, Melaka

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker