Penduduk Ulu Papar beri amaran ‘sumpah 7 keturunan’ jika bina empangan

Share

Bagi penduduk kawasan terpencil di Kampung Terian, Ulu Papar, Sabah, kediaman mereka dikelilingi hutan yang hanya boleh dilalui menaiki kereta pacuan empat roda itu sudah begitu selesa.

Bagaimanapun, cara hidup 300 masyarakat Kadazan Dusun (KDM) itu dikatakan terancam selepas penduduk berdepan kemungkinan dipindahkan sekiranya Empangan Papar, yang dicadangkan kerajaan Warisan sebelum ini, dibina.

Ketua Menteri sementara Mohd Shafie Apdal, menegaskan empangan itu perlu bagi memastikan bekalan air buat ibu kota negeri, Kota Kinabalu, manakala pengkritik menuntut alternatif lain.

Baca : Penduduk kampung pertikai keputusan Shafie teruskan projek empangan Papar

Baru-baru ini, penduduk telah mempamerkan kain rentang di jalan masuk Kampung Terian, dengan menegaskan bahawa mereka hanya akan mengundi calon yang menentang pembinaan empangan dan yang memperjuangkan tanah mereka sehingga mati.

“Empangan diteruskan kena sumpah tujuh keturunan,” tulis penduduk menerusi kain rentang itu.Mk

Leave a Reply