Sathianathan DIPECAT! – Persatuan Bola Sepak Selangor

Share

PENGENDALI Selangor, B Sathianathan telah dipecat oleh Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dan tidak akan bersama pasukan untuk baki saingan Liga Malaysia (Liga-M ) musim ini.

Perkara itu diakui sendiri Sathianathan selepas satu pertemuan dengan pengurusan FAS sebentar tadi.

“Saya bukan meletak jawatan tetapi saya dipecat. Keputusan dibuat selepas pertemuan dengan pengurusan tertinggi FAS pagi tadi,” katanya.

Keputusan memecat Sathianathan itu difahamkan selepas kekalahan memalukan 6-1 ke atas Johor Darul Ta’zim (JDT), Sabtu lalu.

Leave a Reply