Menggelupur ketika dimandikan, kerbau kesayangan ‘Mowgli Malaysia’ pula mati

Kematian kerbau-kerbau peliharaan keluarga Mowgli Malaysia, Syukor Khamis, 15, sejak minggu lepas amat mengejutkan banyak pihak. Mana tidaknya, kematian akibat wabak Hawar Berdarah ini telahpun mengakibatkan hampir 50 ekor kerbau mati.

Apa yang lebih menyedihkan, kerbau yang menjadi kesayangan Syukor juga telah mati pagi tadi iaitu Semek dan pada pukul 5 petang tadi Tongkol pula menyusul pergi.

Satu demi satu menyusul

Menerusi Harian Metro, kerbau yang dirakam gambarnya bersama Syukor oleh seorang jurugambar profesional, Yusuf Madi baru saja tular selepas memenangi gambar terbaik bulanan untuk Ogos yang dianjurkan Asian Geographic serta diumumkan pada 1 September lalu.



 

“Hanya Allah yang tahu perasaan saya…”

Syukur telah menyatakan bahawa dua kerbau kesayangan dan paling banyak berjasa kepadanya mati pada hari ini.

“Semek ditemui mati pagi tadi, Tongkol pula mati kira-kira jam 5 petang.”

“Saya sedang memandikan Tongkol sebelum ia tiba-tiba menggelupur dan mati.”

“Hanya Allah saja yang tahu perasaan saya ketika ini. Rasa sangat sedih dengan apa yang berlaku sekarang”



Berita yang sangat sedih

Menerusi Instagram Yusuf Madi iaitu jurugambar yang merakamkan gambar Syukor berbaring di badan Tongkol tempoh hari, telah mencoretkan rasa sedihnya diatas kematian Tongkol.

Menurutnya, dia tidak menyangka bahawa gambar itu adalah gambar terakhir sebelum kerbau kesayangan Mowgli Malaysia mati disebabkan Hawar Berdarah petang tadi.

 



Dalam pada itu Yusuf turut mengakui bahawa gambar yang dirakam telah memberikan kegembiraan kepada mereka semua lebih-lebih lagi berjaya mengharumkan nama negara dengan hasil gambar yang cukup indah itu.

Di akhir coretannya, dia berharap agar keluarga Syukur dapat menghadapi dugaan ini dengan tabah dan bersabar diatas apa yang sedang berlaku kepada mereka semua.

“Semoga Adik Syukor, Pak Khamis, mirah dan keluarga sentiasa dikurniakan kekuatan dan kesabaran oleh Allah SWT. Saya mendoakan kesejahteraan buat mereka.”

Sumber: Harian MetroSyukur KhamisYusuf Madi, OhMyMedia



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker