#Viral: Raih Lebih 300 Ribu Tontonan, Video Parodi Zarina Pasal Eira Dan Makcik Restoran 35 Buat Ramai Ketawa [VIDEO]

 

Raih Lebih 300 Ribu Tontonan, Video Parodi Zarina Anjoulie Pasal Eira Dan Restoran 35 Buat Ramai Berdekah

Video yang tular membabitkan seorang influencer bernama Eiira Aziera yang ditengking pemilik premis Restoran 35 telah menjadi topik hangat warganet.

Tidak habis dengan isu itu, kemudian timbul pula video Eiira memaaki hmun dan menghina fizikal seorang wanita sehingga wanita terbabit mengambil tindakan undang-undang.

Sementara itu, video yang tular itu bukan sekadar menarik perhatian warganet, malah terdapat segelintir selebriti turut bersuara.

Antaranya adalah pelakon dan usahawan kntroversi Zarina Anjoulie.

Zarina atau lebih mesra dipanggil Anju sebelum ini telah memuat naik satu video di instagram beliau tentang isu membabitkan video Eiira itu.

Menerusi klip video tersebut, Anju menyebelahi pemilik Restoran 35 dan mempersoalkan kenapa isu-isu viral sebegitu hanya membabitkan influencer, instafamous dan founder-founder produk.

Video parodi Anju cuit hati ramai

Terbaru, Anju telah memuatnaik satu video parodi Eiira ditengking pemilik restoran berdurasi 1 minit 30 saat yang mencuit hati ramai.

Turut mencuri tumpuan apabila gelagat sporting suami Anju, Yass melakonkan watak makcik pemilik restoran yang membuat ramai berdekah ketawa.

Sementara Anju pula meniru gaya Eiira dengan bercakap loghat kedah. Video tersebut telah meraih lebih 300 ribu tontonan setakat ini.

Reaksi warganet

Sementara itu menerusi ruangan komen rata-rata terhibur dengan lakonan Anju dan gelagat spontan suaminya.

Malah ramai yang meminta sambungan parodi terbabit dan meminta Anju

” Lawak lah..sakit perut gelak tak henti.. Part suami dia Baling tuala paling lawak. Kena baling tuala lap ngan pakcik kedai makan 35 hahahahaha.. Dua dua gila

” Hahahahaha! yas kena pakai tudung baru lagi menjiwai watak..Haha lawak anju oiiii. Bagi pelat sikit kedah tuu. Kami pon geram bahasa orang tu. Adoi xdak lapik

” Tergelak aku tengok yas  layan jer bini dia hahaha. Terceduk lalu memohon maaf eh. Padahal dia yg kurang ajau datang tempat org main langgar. Sekali malu ja kena viral balik”

 

Terdahulu video yang tular di media sosial sejak beberapa hari ini mengundang pelbagai komen dari orang ramai sehingga Zarina Anjoulie terpanggil untuk memberi pendapat

Menurut Anju, kenapa mesti dia (Eiira Aziera) membuat review di restoran meskipun tidak diundang oleh pemilik premis itu.

” Kenapa yang kaki viral viral ini kebanyakkannya founder produk, instafamous, influencer?’

” Sekiranya restoran tidak minta buat review atau tidak beri kebenaran janganlah kita buat review.

Zarina Anjoulie turut mengaku dia sendiri bermulut pedas namun masih tahu menjaga adab dan tidak sehingga memaaki hamun orang yang jauh lebih tua.

” Pernah nampak selebriti lain seperti Neelofa atau Dato Siti Nurhaliza buat review begitu?

” Anju beritahu mereka yang terlibat dalam media seperti instafamous dan influencer memang akan mencari peluang untuk fame (tular) walaupun sekejap.” kata Anju

Sumber: Instagram Zarina Anjoulie, AsiaKini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker