Kerjasama PKR – USNO untuk balas dendam dengan Warisan?

PKR menafikan pihaknya bekerjasama dengan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) untuk membalas dendam terhadap Parti Warisan Sabah (Warisan) selepas diberikan hanya tujuh kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, hubungan baik kedua-dua parti itu hanya berlandaskan kepada hubungan antara kepimpinan kedua-dua parti berkenaan.

“Kalau ada ulasan pengakuan pihak di sana misalnya terjemahkan supaya penyokong-penyokong mereka dapat memberikan undi kepada calon-calon PKR kali ini.

“Itu tidak timbul sama sekali, saya dan Datuk Seri Anwar (Ibrahim) dalam mengadakan pertemuan, di penghujung rundingan sebelum penamaan calon kami memberikan komitmen dan dokongan dalam konteks PRN kerjasama di antara parti-parti yang saya sebutkan tadi, jadi itu tidak berbangkit sama sekali,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Majlis Pidato bersama barisan kepimpinan PKR di sini pada semalam.



Bagaimanapun Saifuddin tidak menolak meminta penyokong USNO untuk memmberikan undi kepada semua calon PKR yang bertanding di kawasan yang tidak diwakili parti itu.

“Saya seru kepada semua penyokong dan pendokong USNO untuk memberikan undi kepada calon-calon PKR, Warisan, calon DAP di kawasan yang mereka tidak bertanding.

“Kempen maknanya kita rayu orang, setiap undi itu penting. Orang berparti atau tidak mereka bebas untuk memilh dan undi itu rahsia jadi saya ambil peluang ini kalau mereka itu ahli USNO sekalipun, atau ahli UMNO, atau ahli (Parti Bersatu Sabah) PBS atau Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) saya ambil peluang ini dalam kempen berbaki lagi lebih kurang seminggu untuk sokong calon PKR di mana sahaja mereka berada ,” tambahnya.

Sebelum Warisan mengumumkan mengagihkan tujuh kerusi DUN kepada PKR untuk dipertandingkan, selepas bekas Ketua Penerangan PKR Sabah, Simsudin Sidek mengumumkan parti yang diketuai oleh Anwar itu akan bertanding di 14 kerusi.



Kerusi terbabit ialah DUN Api-Api dengan calonnya Datuk Christina Liew, Inanam (Peto Galim), Tempasuk (Mustapha Sakmud), Tamparuli (Alijus Sipli), Matunggong (Sazalye Donol Abdullah), Klias (Abdul Rahman Md Yakub) dan Sook (Raymond Ahuar).

Kemudian selepas itu Anwar mengaku sukar menerima keputusan Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal itu namun akur.

Simsudin pula yang tidak berpuas hati dengan pembahagian kerusi kepada parti itu dan mengambil keputusan untuk meletakkan jawatannya.

Untuk rekod, USNO yang diterajui oleh Tan Sri Pandikar Amin Mulia selaku ketua umum bertanding di 47 kerusi DUN kali ini. MG



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker