Dua rakyat Malaysia didakwa godam, curi identiti ratusan syarikat, organisasi

Share

WASHINGTON: Dua rakyat Malaysia antara lima yang didakwa jabatan kehakiman Amerika Syarikat kerana menjalankan operasi penggodaman global, mencuri identiti dan teknologi permainan video.

Tiga lagi yang didakwa merupakan warga China.

Menurut dokumen mahkamah, dua rakyat Malaysia ditahan di negara ini dan jabatan kehakiman memohon proses ekstradisi.

Sementara tertuduh warga China masih bebas.


Mereka didakwa menggodam sistem komputer ratusan syarikat dan organisasi di seluruh dunia.

Begitupun, dakwaan itu tidak memperincikan sebarang motif politik di sebalik aktiviti penggodaman itu.

Bagaimanapun mereka dipercayai mendapat akses sistem komputer kerajaan di India dan Vietnam.-Awani


Leave a Reply