Ade Firman meninggal dunia kerana Covid-19

Share

Pelakon popular Indonesia, Ade Firman Hakim yang terkenal dengan filem Guru Bangsa: Tjokroaminoto dan Soekarno: Indonesia Merdeka meninggal dunia akibat Covid-19 Isnin lalu.

Portal berita Indonesia, Liputan6 melaporkan pelakon tersebut meninggal dunia pada jam 5.20 petang di Jakarta dan kematiannya diumumkan adiknya, Dai Tirta.

Ade Firman meninggal dunia pada usia 32 tahun. Abang saya jatuh sakit minggu lepas dan keadaannya semakin teruk selepas itu. Saya bawanya ke Hospital Besar Tarakan untuk mendapatkan rawatan.


“Dia masih menghubungi rakan-rakannya melalui telefon meskipun saya melarangnya,” katanya seperti dilaporkan Astro Awani hari ini.

Dai Tarta yang turut berkata doktor mengesahkan abangnya itu dijangkiti Covid-19.

Jenazah Ade Firman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Tegal Alur pada Isnin malam dengan mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) untuk mengelak penularan virus tersebut.


Dai Tirta juga sudah menjalani ujian pengesanan pandemik itu dan kini sedang menunggu keputusan.

Ade Firman terkenal selepas memainkan watak menteri kabinet Indonesia, Chaerul Saleh dalam filem Soekarno: Indonesia Merdeka.- MG

Leave a Reply