Pilihan raya PBT, UMNO WP ingatkan DAP jangan ulangi cadangan ini

Umno Wilayah Persekutuan mengingatkan DAP supaya tidak mengulangi cadangan untuk mengadakan semula pilihan raya kerajaan tempatan.

Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan dalam kenyataan memaklumkan mereka telah mengadakan mesyuarat khas baru-baru ini dan mengambil ketetapan untuk membantah sekeras-kerasnya cadangan berkenaan.

“Oleh itu, Umno WP ingin menegaskan kepada DAP WP jangan sekali-kali membawa cadangan pilihan raya PBT dan ingin mengingatkan kepada YB Menteri Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa sebarang usaha atau gerakan ke arah perkara ini akan dibantah secara keras oleh Umno Wilayah Persekutuan,” ujarnya.



Mereka antara lain menyebut pembaziran wang rakyat sebagai salah satu sebab mengapa pilihan raya PBT perlu ditolak.

“Umno Wilayah Persekutuan berpendapat adalah lebih baik peruntukan untuk pemilihan ahli-ahli PBT disalurkan untuk pembangunan, kebajikan dan kemudahan demi rakyat Wilayah Persekutuan yang lebih memerlukan seperti menambah baik infrastruktur, pembinaan rumah mampu milik, menaik taraf pusat-pusat penjaja atau medan selera, meningkatkan kemudahan pengangkutan awam dan sebagainya,” katanya.

Selain itu, Umno Wilayah Persekutuan berpendapat pemilihan ahli-ahli PBT akan mewujudkan kartel-kartel politik yang akhirnya akan membiayai calon-calon yang ingin bertanding dalam pilihan raya PBT.

“Amalan rasuah dan salah guna kuasa pasti akan berlaku yang sudah semestinya akan merencatkan usaha YAB PMX dalam membanteras gelaja rasuah di kalangan masyarakat Malaysia,” katanya.



Pilihan raya PBT kembali diperkatakan selepas Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan Tan Kok Wai mencadangkan perkara itu pada 17 Disember lalu.

Tan dilaporkan menggesa kerajaan memulakan pilihan raya PBT di ibu negara terlebih dahulu bagi menyemarakkan demokrasi di Wilayah Persekutuan.

Cadangan itu bagaimanapun mendapat tentangan banyak pihak termasuk daripada Umno dan PAS, dengan rata-ratanya berpandangan ia berisiko mencetuskan pergeseran kaum.

Mengulas lanjut, Umno Wilayah Persekutuan berkata, ahli-ahli parlimen yang telah dipilih rakyat di dalam PRU sudah memadai untuk membawa isu atau masalah dihadapi rakyat ke Dewan Rakyat atau kepada PBT.



“Adanya pemilihan PBT menandakan fungsi ahli parlimen tidak efektif kerana ada pertindihan peranan di antara AP dengan ahli PBT yang dipilih,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Sumpah 2 mahaguru silat ternama, Allahyarham Omardin dan Meor Abdul Rahman

Akhirnya Daim disiasat atas dakwaan rasuah & pengubahan wang haram



Mercedes ‘Avatar’ hanya pandu pakai ‘niat’

Pakar bedah tumbuk pesakit semasa pembedahan [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker