PN sudah daftar, lulus, kata pendaftar pertubuhan

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) hari ini mengesahkan Perikatan Nasional (PN) sudah didaftar dan diluluskan.

Terdahulu, naib ketua Pemuda PKR mempertikaikan kesahihan gabungan itu yang didakwa belum diluluskan.

Jabatan itu dalam kenyataannya berkata, parti PN sudah diluluskan dan berkuatkuasa pada 7 Ogos lalu bawah kategori politik selaras peruntukan Akta Pertubuhan 1966.

“Sijil pendaftaran, logo parti dan perlembagaan parti sudah ditandatangani dan dikemukakan kepada Parti Perikatan Nasional sebaik sahaja pendaftaran parti diluluskan.



“Sehubungan itu, JPPM sekali lagi menegaskan kenyataan ‘Perikatan Nasional Tiada Rekod Daftar Parti’ adalah tidak berasas sama sekali,” katanya.

Sebelum ini beberapa pemimpin PKR mendakwa Perukatan Nasional belum didaftarkan dan tidak layak bertanding di PRN Sabah.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker