Skandal Terowong: Najib Dedahkan lagi ‘Kelicikan’ bekas Menteri ‘Kewayangan’ DAP

Semalam, Guan Eng balas posting saya berhubung projek terowong.

Sebab itu, saya tanya lagi. Tengok dia balas lagi ke tidak.

Persiaran Gurney (Gurney Drive) adalah lokasi paling berharga dan paling popular dengan pelancong di Pulau Pinang.



GAMBAR A ialah jajaran projek kerajaan DAP Pulau Pinang Lebuhraya Pan Island Link (PIL) yang bernilai RM7.5 bilion (RM386 juta setiap km) yang akan menghubungkan Gurney Drive ke lapangan terbang Pulau Pinang.

Gambar A ini saya ambil dari laman rasmi kerajaan Pulau Pinang:
http://pgmasterplan.penang.gov.my/2019/07/pan-island-link-1-pil-1/

Lebuhraya ini akan banyak menaikkan lagi nilai hartanah Gurney Drive yang sudahpun paling mahal di Pulau Pinang.

“Highway project from Gurney Drive to airport a boost to property market”
https://www.thestar.com.my/metro/metro-news/2018/07/21/adding-value-to-property-prices-highway-project-from-gurney-drive-to-airport-a-boost-to-property-mar/



PM7 sudahpun meluluskan peruntukkan kerajaan persekutuan untuk projek PIL ini.

GAMBAR B ialah projek Gurney Wharf bernilai RM300 juta di Gurney Drive dibiayai penuh oleh kerajaan DAP Pulau Pinang.

Gurney Wharf ini merupakan projek taman awam dengan pelbagai tarikan untuk pelancong.

Gambar ini saya juga ambil dari laman rasmi kerajaan DAP. Namun gambar B yang mereka tunjuk itu ada banyak kawasan kosong yang kerajaan DAP malu nak sebut untuk tujuan apa.
https://www.stp2.my/gurney-wharf-background.php



Oleh sebab kerajaan DAP Pulau Pinang malu nak sebut, saya rujuk laman web hartanah (GAMBAR C) untuk buktikan kawasan kosong itu adalah untuk projek hartanah Wellness City of Dreams milik 100% syarikat swasta terowong Pulau Pinang.
https://www.penangpropertytalk.com/2016/03/wellness-city-of-dreams/

GAMBAR D ini pula ialah screenshot laporan media di mana Menteri Kewayanangan seorang itu sangat ambil berat dengan projek hartanah 100% milik swasta bernilai RM15 bilion.

“Consortium Zenith inked RM15b wellness resort deal in Penang”
https://www.malaymail.com/news/money/2015/08/13/consortium-zenith-inked-rm15-bil-wellness-resort-deal-in-penang/951169

“Ewein subsidiary acquires land worth RM2.83 billion in Penang”
https://www.theborneopost.com/2016/01/16/ewein-subsidiary-acquires-land-worth-rm2-83-billion-in-penang/



Projek RM15 bilion itu cuma atas 50 ekar daripada tanah 110 ekar kerajaan bernilai RM6.34 bilion yang akan dibayar kepada syarikat terowong di mana Guan Eng sudahpun didakwa dalam mahkamah menyeleweng tanah bernilai RM208.7 juta di mana projek kondo mewah bernilai RM2 bilion sudahpun bermula.

Nilai pembangunan untuk seluruh 110 ekar pula dijangka mencecah RM40 bilion.

Selain itu, kerajaan DAP juga akan berbelanja RM400 juta untuk melebarkan jalan di Gurney Drive.
https://paultan.org/2016/11/25/eight-lane-highway-planned-for-gurney-drive-report/

Oleh itu, saya nak tanya Menteri Kewayangan soalan ini.



Rakyat Malaysia dan Pulau Pinang tanggung kos RM7.5 bilion projek PIL, kos RM305 juta kos laporan terowong, kos RM300 juta Gurney Wharf dan kos RM400 juta naik taraf jalan di Gurney Drive.

Betul ke syarikat kroni terowong milik projek hartanah mewah bernilai RM40 bilion tepi laut di Gurney Drive kawasan paling mahal Pulau Pinang yang nilainya dinaikkan lebih tinggi oleh kerajaan DAP Pulau Pinang setelah Rakyat tanggung kos RM7.5 bilion projek PIL, kos RM305 juta kos laporan terowong, kos RM300 juta Gurney Wharf dan kos RM400 juta naik taraf jalan di Gurney Drive?

Manakala Menteri Kewayangan dapat bayaran cash RM3.3 juta dan 10% kepentingan nilai projek hartanaha bernilai RM40 bilion itu?

Licik, tak?



 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker