Guna 150,000 Keping LEGO, LEGOLAND Malaysia Hasilkan Mural Khas Buat ‘Frontliners’

Share

Legoland Malaysia tampil berbeza dalam menghargai jasa dan sumbangan semua frontliners apabila mereka memilih kepingan LEGO untuk menghasilkan 5 lukisan potret khas.

Sebanyak 150,000 keping LEGO digunakan bagi menghasilkan lukisan potret tersebut dan acara perasmian mural LEGO ini turut dihadiri Menteri Kesihatan, YB Dato’ Sri Dr Adham Baba bersama YAB Datuk Haji Hasni Mohammad, Menteri Besar Johor dan YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Jumaat lalu.

5 potret lego

5 POTRET KHAS DI LEGOLAND MALAYSIA

Dalam acara tersebut, Dr Adham merakamkan penghargaan tinggi kepada semua petugas barisan hadapan yang berkhidmat tanpa henti di segala lapangan dalam menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu dan kini dalam fasa PKP Pemulihan (PKPP).


Ada petugas yang berpanas berpakaian PPE lebih 10 jam di hospital dan klinik, ada yang berpeluh-peluh berpakaian jump suit iaitu PPE penuh 4 lapis dalam wad COVID-19, makmal atau lapangan. Polis dan tentera pula berpanas dan dibadai hujan ribut hingga terbang payung dan khemah di sekatan jalan raya.

 

Justeru itu, pihak Legoland Malaysia turut memberikan 3,000 tiket akses percuma kepada frontliners buat pelbagai jabatan kerajaan antaranya penjawat awam di Johor, markas Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor dan Jabatan Kesihatan negeri Johor.

Untuk melihat mural ini dengan lebih dekat, anda boleh ke LEGOLAND Malaysia dalam masa terdekat. LEGOLAND Malaysia turut memperkenalkan pakej Play in LEGOLAND, Stay in Johor untuk memberikan rakyat Malaysia percutian menarik di Johor. Untuk maklumat lanjut, tekan di sini.


Leave a Reply