Pertembungan pembangkang di lebih banyak kerusi selepas kejutan PBS

PBS membuat kejutan dengan meletakkan calon di tambahan 7 kerusi daripada 15 DUN yang diumumkan sebelum ini menyebabkan pertembungan lanjut antara parti dalam Perikatan Nasional dan BN.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Abdul Ghani Salleh dalam sidang media hari ini untuk memaklumkan butiran pencalonan pagi tadi, mengumumkan PBS bertanding di 22 kerusi.

Dalam 15 kerusi awalnya, PBS akan bertanding 8 kerusi menentang Umno di Bengkoka, Tanjung Aru dan Telupid, PBRS di Matunggong, Tandek dan Kadamaian serta MCA Sabah di Kapayan dan Karamunting.

Hari ini, PBS mengeluarkan senarai baru calon di 7 kerusi tambahan – Paginatan, Lumadan, Tambunan, Bingkor, Tulid, Moyog dan Liawan.



Secara keseluruhan, akan berlaku pertembungan di 17 kerusi antara BN, PN dan PBS.

Di kerusi Paginatan dan Tulid akan berlaku pertandingan 3 penjuru yang tidak mengambil kira saingan daripada parti lain.

Sebelum hari penamaan calon, PBS dilaporkan berkata, ia hanya bertanding di 15 kerusi.

Timbalan Presiden PBS, Radin Malleh dilaporkan berkata, parti itu sebenarnya mahu bertanding 25 kerusi, tetapi bersedia menerima 15 kerusi untuk memastikan PN dan sekutunya boleh memenangi Pilihan Raya Negeri.



Katanya, Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dalam mesyuarat semalam menasihatkan parti dalam BN, PN dan sekutunya untuk mengelakkan pertembungan sesama sendiri pada PRN. FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker