Satu kluster baharu dikesan di Sabah, kes indeks kluster PATI dari Filipina

 

Menyusup masuk ke Sabah

Namun demikian, pada 5 September 2020, kes menyusup masuk ke Sabah dari Zamboanga, Filipina melalui jalan tikus untuk melawat isteri.

Katanya dalam satu kenyataan, hari ini, isteri kes, iaitu kes ke-9,860 pula dikesan positif COVID-19 pada 8 September 2020 semasa saringan rujukan dari Hospital Kunak ke Hospital Tawau bagi rawatan lanjut komplikasi pendarahan selepas bersalin.

Dari Filipina

Difahamkan, kes didapati mula bergejala pada 6 September berikutnya.

Hasil aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) dan saringan kontak rapat, dua (2) lagi kes positif COVID-19 telah dikesan, iaitu anak dan jiran kes indeks (iaitu kes ke-9861 dan kes ke-9862).

Kesemua saringan ini melibatkan warganegara Filipina. Dan daripada jumlah tersebut, empat (4) kes dikesan positif COVID-19, 14 individu negatif dan 31 lagi masih menunggu keputusan,” tambah kenyataan itu lagi.

Langkah pencegahan penularan jangkitan seperti proses nyah kuman dan pembersihan telah dijalankan di lokasi-lokasi yang dikenalpasti.

Punca jangkitan masih di dalam siasatan.

Sumber : KP Kesihatan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker