Bung Moktar hadapi 4 lawan di kerusi baru Lamag

Pengerusi BN Sabah, Bung Moktar Radin berdepan tentangan 4 lawan di DUN Lamag yang terletak di bawah Parlimen Kinabatangan disandangnya sejak 1999 pada Pilihan Raya Negeri akhir bulan ini.

Bung yang juga ketua Umno Sabah akan bersaing dengan Ismail Ayob daripada Warisan, Razman Mayah (Parti Cinta Sabah), Mohd Al Ruzainie @ Shirin Abdul Rahman (Parti Perpaduan Rakyat Sabah) dan calon bebas, Junny @ Karuak Abdullah.

Sementara itu, penyandang DUN Kuamut, Masiung Banah yang sebelum ini bertanding atas tiket BN, menjadi calon bebas pada PRN kali ini.

Masiung akan menghadapi saingan 4 lawan, iaitu Juhari Janan daripada BN, Mohd Meszi Ng Abdullah (Parti Cinta Sabah), Bensom Inggam (Upko) dan Atiung Titoh (Parti Gagasan Rakyat Sabah).



Sementara itu, DUN Sukau di bawah Parlimen Kinabatangan menyaksikan penyandangnya, Saddi Abdul Rahman yang daripada BN sebelum ini, bertanding sebagai calon bebas.

Saddi akan bersaing dengan Jafry Arifin daripada BN, Amrah Liwangsa (Warisan), Malaya Kasurah (Parti Cinta Sabah) dan Jakariah Janit (Parti Gagasan Rakyat Sabah). Fmt

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker