Anjing gigit tangan bayi sampai putus tiada lesen, kini ditahan – MBMB

Share

MELAKA: Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) mengesahkan pemilik anjing yang menggigit tangan kanan bayi perempuan berusia tujuh hari sehingga putus di Bachang di sini Selasa lalu, tidak mempunyai lesen peliharaan haiwan itu.

Datuk Bandar MBMB, Datuk Zainal Abu berkata, anjing jenis ‘Plott Hound’ itu telah ditahan dan diserahkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri untuk tindakan kuarantin selama dua minggu bagi memastikan tiada gejala penyakit anjing gila (rabies).

“Susulan laporan diterima berkaitan kejadian Selasa lalu, sepasukan anggota MBMB bersama pihak polis dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar negeri telah pergi ke lokasi kejadian di Taman Widuri, Bachang.

“Siasatan kemudian mendapati pemilik lelaki berusia 41 tahun itu tidak mempunyai rekod pemilikan lesen anjing baka Jerman yang jarang dipelihara dan tidak boleh dilesenkan itu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


BACA: Niat jemur bayi elak ‘demam kuning’, sudahnya tangan putus digigit anjing

Mengulas lanjut ujarnya, pihaknya akan mengambil tindakan di bawah Undang-undang Kecil (UUK) Pelesenan Anjing yang mana sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2, 000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar negeri, Dr Aidi Mohamad berkata, kuarantin haiwan dibuat selama 14 hari dan jika ada tanda-tanda virus rabies, anjing akan dilupuskan.

“Tangkapan anjing jantan yang telah menggigit bayi berkenaan dibuat di bawah Seksyen 41(1) Akta Binatang 1953 untuk pemerhatian penyakit anjing gila (Rabies).

“Jika tiada tanda penyakit, anjing akan diserahkan semula kepada MBMB selepas tempoh kuarantin untuk tindakan selanjutnya,”katanya.


Anjing baka Jerman 'Plott Hound' (seperti di atas) jarang dipelihara di negara ini dan tidak boleh dilesenkan. - Foto fail Unsplash

Anjing baka Jerman ‘Plott Hound’ (seperti di atas) jarang dipelihara di negara ini dan tidak boleh dilesenkan. – Foto fail Unsplash

Terdahulu, dalam kejadian sekitar jam 8.30 pagi, 8 September lalu, seorang bayi perempuan yang baharu berusia tujuh hari putus tangan kanan selepas digigit anjing peliharaan ahli keluarganya, di Bachang di sini.

Insiden berlaku ketika bayi yang berada dibawah jagaan ibu saudaranya ditinggalkan sebentar di ruang tamu berdekatan dengan Ruang tamu berdekatan dengan jeriji pintu utama rumah terbabit, sementara wanita itu meninggalkannya seketika bagi mengambil air panas untuk memandikannya.

Siasatan awal mendapati bayi itu diletakkan di ruang tamu berkenaan dengan tujuan mendedahkannya kepada cahaya matahari bagi mengurangkan masalah penyakit jaundis (demam kuning) yang dihadapi.-Awani

Leave a Reply