Tengok Mira Filzah kahwin, Safiey Illias pula nak akhiri zaman bujangnya.

Akhir-akhir ni, nama Safiey Ilias sering jadi sebutan ramai. Kalau dulu ramai yang condemn usahawan kosmetik ni sebagai munafik sebab kejap-kejap nak jadi lelaki pastu nak jadi perempuan balik, kali ni timbul pulak isu lain yang buat netizen terbeliak mata.

Usahawan kosmetik Safiey Illias seakan memberi bayangan bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi.

Menerusi sebuah entri di Instagram (IG)nya, Safiey mengucapkan tahniah kepada pasangan sejoli aktres Mira Filzah dan Wan Emir Astar sekaligus berkongsi berita gembiranya.

“Tahniah Mira Filzah dah berkahwin. Tak lama lagi ratu akan menyusul pulak hahaha,” tulisnya secara ringkas sebagai kapsyen.



Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut tidak sabar menanti hari bahagia pelantun lagu Syinta Gila itu.

Malah, ada yang berpendapat majlis itu akan menjadi ‘Wedding Of The Year’.

Walaubagaimanapun, Safiey atau nama sebenarnya Mohd Safiuddin Illias tidak mendedahkan siapa gerangan yang bakal menjadi pasangan hidupnya.



Terdahulu, Safiey menjadi tumpuan ramai orang selepas sering berkongsi tentang pembedahan yang dilakukannya kepada umum.

Sebelum ini Melalui perkongsian so called teman lelaki Safiey di Instagram, lelaki bernama Syah James Zafrull ni dikatakan telah menyarungkan cincin di jari manis Safiey. Ehh biar betul ni? Kan dorang sama-sama lelaki!

“Dia Mempunyai ‘Angry Bird’ & Dilahirkan Sebagai Lelaki” – PU Syed Tempelak Safiey Illias!
Menurut PU Syed, Safiey juga antara individu yang pada awalnya bertaubat telah kembali semula menjadi ‘wanita’.

“Apa lagi nak dikata pada seorang lagi ini yang telah kali kedua bertaubat dan kembali semula menjadi ‘paknyah’.”Isu taubat adalah urusan dia dengan Allah yang Maha Pengampun, namun isu dia mempromosikan kemaksiatan dan jalan hidup yang songsang kepada masyarakat adalah isu yang paling utama yang perlu segera dirawat sebelum menjadi pandemik yang sukar diatasi.



“Dia dan Sajat sama-sama mempunyai angry bird @ punai dan dilahirkan sempurna sebagai seorang lelaki.

Baca : PU Syed Beritahu Persamaan Safiey Dan Sajat Yg Ramai Tak Perasan

“Namun disebabkan ‘perasan’ yang mereka telah terperangkap dalam tubuh lelaki, maka berusahalah mereka untuk merubah segala yang Allah telah jadikan kepada mereka,” katanya.

Tambahnya, sifat yang terhasil dari imaginasi songsang ini harus dirawat segera oleh pakar psikatri dan bukan pergi mengadap doktor bedah plastik yang hanya ingin mengaut keuntungan dan merosakkan manusia seperti mereka lagi.



“Mereka mempunyai followers ‘tengin’ yang ramai sehingga mengiyakan sahaja apa yg mereka lakukan,” katanya.

Posting berkenaan kemudian mendapat sokongan ramai apabila kebanyakan mereka menganggap tindakan kedua-dua usahawan tersebut semakin melampau.

Rata-ratanya mendoakan supaya kedua-dua mereka kembali ke pangkal jalan. MB



Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker