Messi ubah fikiran, kekal bersama Barcelona

Lionel Messi yang menuntut untuk meninggalkan Barcelona kini dalam dilema sama ada mahu kekal bersama pasukan itu.

Laporan di Barcelona mendakwa pemain itu sedang mempertimbangkan untuk kekal di Nou Camp selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden kelab, Josep Maria Bartomeu.

Messi turut berunding dengan bapanya, Jorge yang merupakan agen beliau.

Pada Ogos lalu, Messi mengejutkan penyokong Barcelona selepas menuntut untuk meninggalkan kelab itu secara percuma bagi mencari cabaran baharu.



Bagaimanapun, Barcelona enggan melepaskan pemain itu sambil menegaskan kluasa pelepasan yang membenarkan Messi meninggalkan kelab itu sudah luput dan perlu diaktifkan semula bagi membolehkan tuntutan tersebut dipenuhi.

Malah Barcelona juga meminta mana-mana kelab yang ingin mendapatkan pemain Argentina itu membayar klausa pelepasan berjumlah £624 juta.

Sebelum ini, Jorge mengadakan rundingan pusingan pertama bersama Bartomeu bagi menyelesaikan ketegangan itu.



Rentetan itu, laporan di Nou Camp mendakwa Messi kini bercadang untuk kekal bersama pasukan di bawah kendalian Pengurus baharunya, Ronald Koeman untuk satu musim lagi seperti disyaratkan kelab.

Jorge juga mengesahkan pertemuan pertamanya semalam di Deportes Cuatro bersama presiden Barcelona itu berjalan lancar.

“Dia memberi jawapan gembira bahawa Messi boleh kekal semusim lagi di Nou Camp,” katanya.

Kontrak semasa Messi akan tamat Jun 2021 dan membolehkan dia menyertai Manchester City musim 2021 secara percuma.



Man City pula dilaporkan sudah mengemukakan tawaran terhadap Messi bagaimanapun tidak mampu membayar yuran kluasa pelepasan yang ditetapkan. – MalaysiaGazette

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker