Geng Ysuku uji kelajuan ditahan

SEKUMPULAN Geng Ysuku yang asyik menguji kelajuan motosikal masing-masing dicekup selepas polis menyerbu ‘port’ mereka di Jalan Kampung Benting Lintang di Jerteh.

Operasi pada 4 petang hingga 7 malam kelmarin dilakukan susulan aduan orang awam yang mendakwa kawasan itu kerap menjadi litar mereka pada hujung minggu.

Polis turut melakukan operasi yang sama di Jalan Bukit Keluang, Kampung Raja.

Ketua Polis Daerah Besut Superintendan Abdul Rozak Muhammad berkata, seramai 75 individu diperiksa sebelum 57 orang yang berusia 16 hingga 30 tahun diambil tindakan atas pelbagai kesalahan lalu lintas dilakukan.



–– ADVERTISEMENT ––

“Kesalahan yang paling banyak dilakukan ialah mengubah suai dengan menukar ekzos yang menyebabkan bunyi bising, menggunakan tayar terlalu kecil dan tidak menggunakan cermin sisi.

“Selain itu, ada juga dalam kalangan mereka ini didapati menunggang tanpa lesen sah dan tidak memiliki cukai jalan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Abdul Rozak berkata, pihaknya memandang serius kegiatan penunggang motosikal dan tindakan tegas termasuk sitaan akan diambil memandangkan aktiviti itu yang boleh membahayakan nyawa sendiri dan pengguna jalan raya lain.



“Jika dulu motosikal yang popular untuk diubah suai terutama daripada segi kelajuan melebihi kemampuan motosikal ialah Honda EX5 dan hari ini Ysuku (Yamaha Y15ZR) menjadi pilihan utama untuk diubah suai,” katanya. HM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker