Mana Hilangnya Duit Tajaan RM30 Juta, Piala Dunia 2018 Soal KJ

Share

Cyberjaya – Selepas pendedahan yang dibuat oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkenaan 101 kelulusan perolehan kerajaan secara rundingan terus, kenyataan Gobind Singh Deo ketika menjawat menteri komunikasi dalam kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini, kini menjadi persoalan.

Perkara itu dibangkitkan oleh ahli parlimen Jelebu, Khairy Jamaluddin berhubung projek rundingan terus pihak kementerian komunikasi yang berjumlah RM29 juta.

“Sebagai peminat sukan bola sepak dan bekas Menteri Sukan saya kagum dengan tindakan kerajaan PH kerana dapat menyiarkan Piala Dunia 2018 di RTM. @guanenglim juga pernah memaklumkan kerajaan tak perlu bayar apa2. Jadi apa yang dibayar sampai hampir RM30 juta?


“Dan apa jadi kepada tajaan RM30 juta yang diumumkan oleh @GobindSinghDeo untuk membiayai kos hak siaran Piala Dunia kalau kerajaan masih membayar hampir RM30 juta juga berdasarkan senarai rundingan terus yang dikeluarkan oleh @MOFmalaysia?,”

Pada Jun 2018 lalu, Gobind memaklumkan bahawa Maxis Bhd merupakan penaja utama kejohanan Piala Dunia FIFA 2018 di Radio Televisyen Malaysia (RTM) dengan jumlah tajaan sebanyak RM18 juta.

Media kemudiannya di maklumkan pula berkenanaan tajaan AirAsia Bhd sebanyak RM12 juta bagi tujuan sama, menjadikan jumlah penajaan sebanyak RM30 juta untuk mendapatkan hak penyiaran tersebut.


Namun pendedahan yang dibuat oleh Zafrul dua hari lepas memaklumkan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) merupakan badan yang paling banyak mendapat perolehan secara terus melalui kementerian kewangan di zaman kerajaan PH.

KKMM yang mana Gobind Singh Deo adalah menterinya ketika itu membuat 12 perolehan secara rundingan terus, termasuk RM30 juta untuk membeli hak penyiaran kejohanan Piala Dunia FIFA 2018.

Malah bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng turut dilaporkan berkata kerajaan ketika itu tidak mengeluarkan satu sen pun untuk tujuan penyiaran tersebut.


Menurut Setiausaha Agung DAP itu, kerajaan PH berjaya mencari penaja untuk membiayai kos bernilai RM30 juta bagi siaran langsung Piala Dunia 2018.

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!