Ismail Sabri hadir Sidang Media PKPP, tapi ‘nametag’ dia jadi perhatian ramai

Penampilan Dato Seri Ismail Sabri sentiasa diteliti rakyat, termasuk pelbagai corak dan warna baju yang digayakan sebelum ini.

Rata-rata mereka memuji baju Ismail dianggap kelihatan ceria disebabkan berwarna-warni dan berseloroh dengan mencadangkan baju itu akan ‘trending’ sempena Syawal tahun ini.

Terbaru, beliau kelihatan memakai tanda nama tulisan Jawi ketika sidang media dua hari lalu sehingga mendapat perhatian seorang pengguna di laman Twitter.

“DS @IsmailSabri60, saja nak bagitau, tag nama DS memang cantik. Boleh share kat mana DS tempah?,” tulis pemuda dikenali sebagai Ashraf.
Rata-rata warganet menyifatkan ia adalah usaha yang baik bagi memartabatkan tulisan jawi selain memuji kecantikan tanda nama tersebut.



Ikatan tali leher pun ‘smart’!
MB

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker