#Covid-19 : 172 kes baharu hari ini – PM

Jumlah jangkitan positif COVID-19 meningkat kepada 1,796 kes, iaitu pertambahan 172 kes setakat jam 12 tengah hari tadi dan satu lagi kematian dicatat hari ini menjadikan keseluruhan 17 kes.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ketika mendedahkan perangkaan itu berkata COVID-19 hanya merekodkan 673 kes pada tujuh hari lalu.

Bagaimanapun, katanya, angka berkenaan meningkat sekali ganda dalam tempoh hanya satu minggu, sekali gus memberi petanda bahawa kadar penularan wabak itu tidak sewajarnya dipandang ringan.

“Jumlah kematian juga meningkat kepada 17 orang, termasuk seorang doktor. Saya mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan berdoa semoga roh mereka dicucuri rahmat Ilahi,” katanya dalam perutusan khas, hari ini.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker