7 dilantik hakim Mahkamah Tinggi dalam majlis tertutup kerana perintah kawalan

Tujuh pesuruhjaya kehakiman dalam tempoh percubaan dilantik sebagai hakim Mahkamah Tinggi dalam majlis ringkas yang diadakan secara tertutup akibat perintah kawalan pergerakan bagi membendung penularan Covid-19.

Menurut kenyataan pejabat ketua pendaftar Mahkamah Persekutuan, 7 hakim itu ialah Rohani Ismail, Anslem Charles Fernandis, Ahmad Fairuz Zainol Abidin, Mohd Radzi Harun, Aliza Sulaiman, Meor Hashimi Abdul Hamid dan Lim Hock Leng.

Lim mengangkat sumpah jawatan di depan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Abang Iskandar Abang Hashim, manakala 6 yang lain di depan Hakim Besar Malaya, Azahar Mohamed.

Turut hadir Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun Tuan Mat dan Presiden Mahkamah Rayuan, Rohana Yusuf.

Sumber memberitahu FMT, majlis itu diawalkan kerana kontrak 5 hakim akan tamat 31 Mac ini.

“Amalan biasa menerima surat pelantikan mereka daripada Yang di-Pertuan Agong turut diketepikan,” kata sumber.

Katanya, tiada hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Persekutuan yang menyaksikan majlis itu, hanya pasangan 7 hakim terbabit dibenarkan hadir.

Tiada ucapan daripada ketua hakim, tetapi sesi bergambar diadakan dengan 7 hakim itu selepas majlis selesai.

FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker