Azmin bohong, tuduh saya tak beri peruntukan Covid-19, kata Lim

Share

Beliau mengulas dakwaan Azmin bahawa banyak nyawa rakyat akan melayang dalam menghadapi wabak Covid-19 ketika pentadbiran PH kerana menteri kewangannya enggan mengeluarkan peruntukan.

Jelas Lim lagi, dakwaan menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu juga satu pembohongan.

“Beliau sebut masa PH memerintah, saya sebagai menteri kewangan tak beri wang cukup untuk tangani Covid-19.


“Ini satu fitnah dan pembohongan kerana ia adalah sebaliknya. Kerajaan dah maklum kementerian kesihatan malaysia (KKM) dan menteri pada masa itu juga boleh sahkan bahawa kerajaan akan berikan segala sumber yang perlu untuk pastikan petugas barisan hadapan kita jalankan tugas mereka sebaik mungkin,” kata Lim kepada pemberita di lobi parlimen hari ini.

Azmin, membuat dakwaan itu pada majlis ceramah ketika turun berkempen menyokong calon BN pada PRK Slim semalam.

“Kita telah bagi peluang kepada PH 22 bulan untuk perintah kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri tetapi tuan puan pun tahu Pakatan Harapan sudah gagal.


“They fail as government. Dia (PH) tidak mampu untuk membela rakyat. Kalau kita menghadapi Covid-19 dalam PH lebih banyak orang Malaysia mati bukan kerana Covid tapi kerana PH.

“Bila kita minta Guan Eng peruntukan, tiada wang. Semua tiada,” dakwanya ketika berucap. Mkini

Leave a Reply