Kita Bina Hubungan Kita Dengan Air Mata, Cinta Dan Kasih.. Tolonglah Jangan Biar Ia Musnah Kembali

Share

Kepada Ahli-Ahli PAS & UMNO, Walau Apa pun Yang Terjadi Kepada Perkembangan Politik Tanah Air Saya Merayu Dengan Sepenuh Hati Agar Hubungan Kita (PAS & UMNO) Dipelihara Dengan Sebaik Mungkin..

Sudah Lama Kita Bergaduh Sesama Sendiri, Sudah Lama Kita Berbalah, Air Mata Kita Yang Mengalir Pada 14 September Yang Lalu Di PWTC Menandakan Keinsafan Dan Penyatuan Kita Jangan Dijadikan Ia Sejarah Yang Menyedihkan..

Perdebatan Diantara Ahli-Ahli PAS & UMNO Di Media Sosial Mutakhir Ini Sangat Membimbangkan Saya, Hubungan Yang Kita Bina Selama Ini Dengan Kasih Dan Sayang Dikhuatiri Akan Retak Semula..


Demi Allah Saya Sangat Cintakan Hubungan Ini, Saya Tidak Redha Melihat Hubungan Kita Bercalar Kembali, Saya Hormat Pandangan Anda Semua Wahai Saudara Ku (PAS & UMNO) Yang Dikasihi, Anda Berhak Menyuarakan Pandangan Dan Meluahkannya.. Tetapi Berpadalah Jangan Sampai Mencalarkan Hati Diantara Kita..

Kita Bina Hubungan Kita Dengan Air Mata, Cinta Dan Kasih.. Tolonglah Jangan Biar Ia Musnah Kembali…

Allah Menjadi Saksi, Saya Menaip Mesej Ini Bersama Titisan Air Mata


Tolonglah, Pelihara Hubungan Kita 🙏🙏😭😭😭

Ustaz Ahmad Husam Dato Baderudin
[Pencinta Penyatuan Ummah (PAS, UMNO)]

Leave a Reply