Sokongan maksimum 111 ahli Parlimen, Shabery cadang lancar ‘serangan Subuh’

Share

Ahli majlis tertinggi Umno Ahmad Shabery Cheek mencadangkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) melancarkan “serangan awal sebelum subuh” untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) serentak dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dan Sarawak.

Ahli Parlimen Kemaman itu berkata demikian susulan kebimbangan terhadap situasi terkini kerajaan PN yang hanya mampu mendapat sokongan maksimum 111 ahli Parlimen.

Katanya, serangan awal sebelum subuh lebih menggemparkan susulan Pakatan Harapan (PH) masih belum benar-benar bersedia, manakala Pejuang baru hendak menguji kekuatan melalui Pilihan Raya Kecil (PRK) Slim.


“Pilihan TSMY (Tan Sri Muhyiddin Yassin), sama ada terus berusaha dapatkan lagi sokongan blok baru ahli Parlimen atau bubar saja Dewan Rakyat. Seperti Sabah.

SKIP ADAds by Streamlyn

“Ramai berpendapat, alang-alang nak adakan PRU kilat, baik diserentakkan dengan Sabah bulan depan. Sarawak pun boleh ikut sama. Ada penjimatan di situ.


“Lagi pun PH pun tak berapa sedia. Pejuang pun baru nak asah tajinya di Slim. Serangan awal sebelum Subuh lebih menggemparkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Shabery berkata, sokongan ahli Parlimen terhadap PN masih tidak berubah sejak usul pengosongan speaker dan beliau bimbang kerajaan tidak berfungsi jika terdapat bajet kementerian yang tidak dapat diluluskan.

Beliau turut bimbang pelabur akan lari jika senario kerajaan memiliki majoriti tipis berterusan berlaku.


“Bulan Oktober dan November nanti lebih banyak pengundian akan berlaku. Dalam sesi bajet nanti, setiap kementerian ada pengundian. Kalau bajet tak lulus, kerajaan tak berfungsi.

“Dengan majoriti tipis, apa pun boleh berlaku. Kalau terus macam ni, pelabur lari,” katanya. FMT

Leave a Reply