Sekolah pelbagai aliran akar masalah rakyat berpecah – Bung Mokhtar

Share

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Radin mendakwa penubuhan sekolah pelbagai aliran menjadi punca rakyat berpecah-belah.

Menurutnya, pemimpin negara sentiasa menyeru rakyat bersatu padu, tetapi masyarakat tidak menyedari perpecahan berlaku semasa di peringkat sekolah rendah yang berbeza aliran.

“Pemimpin di sana sini… berucap ‘kita berpadulah, bersatulah, perpaduanlah’, tetapi kita mengajar anak-anak kita berpecah melalui sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan.


“Kemudian sudah besar 6 tahun, (berkata) ‘kita mesti bersatu…kita mesti dalam satu bumbung’, tapi kita tidak sedar bahawa perpecahan sudah mula berlaku di peringkat sekolah rendah,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Pengerusi Umno Sabah itu juga berkata, penubuhan Suruhanjaya Diraja (RCI) boleh menjadi keutamaan bagi membolehkan kajian aspek perpaduan dalam pendidikan dijalankan.

Menjawab pencelahan Maszlee Malik (Bebas-Simpang Renggam) sama ada beliau bersetuju sekiranya semua sekolah vernakular dihapuskan, Bung Moktar menolak cadangan itu.


“Saya tidak pernah bercadang menghapuskan (sekolah vernakular), tetapi kita (boleh) buat kajian…untuk memastikan perpaduan negara kita ini terjamin serta-merta,” katanya.

Leave a Reply