Guan Eng Negarawan, Pejuang & Berprinsip: Pandangan Budak Macam Tak Akil Baligh

Share

Katalah apa saja pun mengenai Lim Guan Eng, sama ada “dia seorang negarawan” kah, “dia seorang pejuang” kah atau “dia seorang lelaki berprinsip” kah, semua ini tidak akan mampu untuk mempengaruhi atau mengubah apa-apa keputusan mahkamah di dalam kes-kesnya nanti.

Malah, jika lambungan tinggi dan pujian melangit terhadap Lim Guan Eng ini dimaksudkan untuk mempengaruhi atau mengubah pandangan negatif para penyokong DAP terhadap beliau supaya menjadi lebih positif, mungkin ke tahap menjadi seorang hero, apakah ia boleh berlaku?

Pasti sahaja para penyokong DAP, malah ramai daripada kita juga, masih mengingati segala yang pernah dikata oleh pemimpin DAP seperti Chong Chieng Jen dan Dr P Ramasamy kepada Syed Saddiq sebelum ini, sama ada “tidak matang” lah, “budak kecil” lah atau “penipu” lah.


Mungkin sahaja lambungan tinggi dan pujian melangit terhadap Lim Guan Eng ini akan membuat lebih ramai daripada pengundi Melayu yang akan bertambah meluat kepada Syed Saddiq, sedangkan undi Melayu adalah penentu kepada kemenangan beliau dalam PRU nanti.

Apa pun, istilah “negarawan” tidak sepatutnya diberikan dengan begitu mudah kepada mana-mana pemimpin politik kerana istilah ini sewajarnya dikhususkan hanya untuk tokoh-tokoh politik yang benar-benar bagus, berpengalaman, berjasa dan dihormati oleh rakyat sahaja.

Dr. Kamarul Yusoff


LIM GUAN ENG YANG SAYA KENALI

Lim Guan Eng hanya seorang negarawan – matlamatnya cuma satu, matlamat mendorongnya menceburi politik pada tahun 1980-an, satu matlamat untuk membina sebuah Malaysia yang lebih baik.

Lim Guan Eng adalah seorang pejuang dan bersedia untuk berusaha memastikan bahawa keadilan bukan hanya didengar sebagai slogan, tetapi dilihat berfungsi.


Lim Guan Eng (dan saya yakin masih) sangat tegas dalam memastikan cara setiap satu sen duit negara ini akan dibelanjakan dengan bijak dan bertanggungjawab.

Saya percaya pada Lim Guan Eng yang saya kenali. Seorang lelaki berprinsip.

(SYED SADDIQ SYED ABDUL RAHMAN)

THE LIM GUAN ENG I KNOW

Lim Guan Eng is just a statesman – set on a single goal, a goal that drove him to enter politics in the 1980s, a goal to build a better Malaysia.

Lim Guan Eng is a fighter and was willing to go all out to ensure justice is not only heard as a slogan, but seen to work.

Lim Guan Eng was (and I believe still is) very rigid in ensuring every single cent in the nation’s coffer will be spent wisely and responsibly.

I believe in the Lim Guan Eng I know. A principled man true and through.

(SYED SADDIQ SYED ABDUL RAHMAN)

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/538621 dan https://www.malaysiakini.com/news/538601

One thought on “Guan Eng Negarawan, Pejuang & Berprinsip: Pandangan Budak Macam Tak Akil Baligh

  • August 15, 2020 at 20:52
    Permalink

    LGE seorang negarawan & berperinsip yg menghadapi berbagai tuduhan raswah & amla..haa comeh
    Silalah LGE buktikan lebenaranya di mahkamah yer..

    Reply

Leave a Reply