Try.. try.. You Bukak Baju! You Polis Mana?! [Video]

TANJUNG MALIM: Empat lelaki mabuk ditahan selepas melakukan provokasi dan menghalang tugas penjawat awam di Plaza Tol Slim River di sini hari ini.

Kesemua lelaki berusia 25 hingga 41 tahun itu ditangkap anggota Unit Peronda Polis (MPV) Muallim dalam kejadian pada pukul 3.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintenden Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, pihaknya mendapat maklumat terdapat sekumpulan lelaki sedang mabuk dan membuat bising dengan memasang muzik yang kuat di lokasi kejadian.



Katanya, apabila sampai di lokasi, didapati empat lelaki sedang mabuk dan berada di luar kereta yang diletakkan di tepi jalan.

“Anggota MPV telah memberi nasihat agar mereka beredar dan tidak membuat bising.

Polis cari editor buku hina Jata Negara – KPN



“Bagaimanapun, dua daripada mereka telah mengamuk dan menyerang anggota tersebut dengan menolak badan serta mengeluarkan kata-kata kesat,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, semasa kejadian, seorang suspek juga telah bertindak merakam video dan cuba membuat provokasi ke atas anggota.

Katanya, siasatan mendapati seorang daripada mereka mempunyai rekod lampau di bawah Seksyen 6(1) dan Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1953 serta Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

“Ujian air kencing ke atas kesemua suspek adalah negatif dan mereka direman tiga hari sehingga Ahad ini untuk siasatan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan,” katanya.



Terdahulu, video berdurasi 1 minit 18 saat itu tular dalam media sosial hari ini seorang lelaki melakukan provokasi terhadap seorang anggota polis.

24 ditahan terlibat parti liar di Ampang

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker