Kaki Bengkak, Sakit Pinggang Antara Petanda Kanser Prostat

Kaki Bengkak, Sakit Pinggang Antara Petanda Kanser Prostat

MENGIKUT data di beberapa buah negara maju seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom, kanser prostat kini menjadi kanser paling banyak meragut nyawa golongan lelaki.

Malah di United Kingdom dianggarkan setiap 45 minit, seorang lelaki meninggal dunia akibat menderita daripada kanser prostat.

Ia merupakan sejenis penyakit yang cukup serius dan merbahaya bagi lelaki. Namun ramai tidak tahu bahawa kehilangan nyawa boleh dielak jika dikesan dan diberikan rawatan awal.

Kajian di Amerika Syarikat pada tahun 2016 menerusi The American Cancer Society mendapati kanser prostat merupakan jenis kanser kedua paling tinggi mengakibatkan kematian lelaki di belakang kanser hati.

KENALI APA ITU PROSTAT

Prostat merupakan kelenjar exocrine yang terletak di bawah pundi kencing dan di hadapan rectum.

Kelenjar ini menghasilkan rembesan prostat yang akan berakhir di bahagian luar prostat dalam sistem pembiakan lelaki.

Rembesan itu adalah cecair beralkali yang berfungsi melindungi dan menyediakan bekalan untuk sperma.

Di dalam prostat terdapat beribu-ribu kelenjar yang menghasilkan cecair putih beralkali seperti susu. Ia merupakan sebahagian daripada komponen air mani.

Dengan saiz sebesar sebiji kacang berangan ia bertambah saiznya mengikut peningkatan umur. Prostat mengelilingi uretra, salur kencing yang bermula dari pundi kencing dan berakhir di hujung kemaluan.

Ia berfungsi membawa air kencing dan air mani keluar dari badan. Penyakit Benign Prostatic Hyperplasia (BPH) terjadi apabila kelenjar prostat membesar disebabkan hormon tidak seimbang sehingga mengganggu atau menutup saluran uretra.

DEFINISI KANSER PROSTAT

Tidak dinafikan sama ada anda mengakuinya atau tidak, ramai lelaki sebenarnya cukup risau dengan ancaman kanser prostat.

Walaupun ada sesetengah yang cuba menafikan dan sedapkan hati namun jauh di sudut hati mereka tidak mahu berdepan penyakit tersebut.

Apa itu kanser prostat? Secara ringkasnya ia merupakan ketumbuhan berbahaya yang bermula di dalam kelenjar prostat.

Sesetengah kanser prostat membesar secara perlahan-lahan dan tidak menyebabkan masalah dalam masa beberapa tahun.

Pada peringkat awal ia dikenali sebagai kanser prostat setempat dan tidak menunjukkan sebarang gejala nyata dan mungkin tidak berkembang menjadi kanser lagi.

FAKTOR PEMBENTUKAN KANSER PROSTAT

Tidak dinafikan masih banyak kajian yang sedang dilakukan terhadap kanser prostat. Sehingga kini penyebab utamanya masih lagi tidak diketahui. Malah cara untuk mengelaknya juga masih samar.

Akan tetapi apa yang boleh dilakukan ialah mengenal pastinya dengan lebih awal agar dapat diberikan rawatan sebelum ia semakin teruk.

Namun terdapat tiga faktor yang dipercayai boleh meningkatkan pembentukan kanser prostat.

Pertama peningkatan usia. Lelaki berusia 50 tahun ke atas mempunyai risiko lebih tinggi berbanding kelas umur yang lain.

Kedua faktor genetik keluarga dan akhir sekali faktor hormon testosteron yang tinggi. Ia dipercayai boleh mempercepatkan pembentukan kanser prostat.

TANDA-TANDA KANSER PROSTAT

Walaupun tidak menunjukkan sebarang petanda pada peringkat awal namun apabila gejala-gejala berikut berlaku anda harus cepat-cepat melakukan pemeriksaan lanjut.

  • Masalah buang air kecil
  • Kerap buang air kecil
  • Kurang tekanan ketika membuang air kecil
  • Terdapat darah dan juga semen ketika kencing
  • Kaki menjadi bengkak
  • Rasa tidak selesa di bahagian pelvis dan bahagian belakang badan
  • Sakit ketika mengalami ejakulasi
  • ‘Tenaga dalaman’ menurun dengan mendadak

RAWATAN

Terdapat tiga jenis rawatan yang boleh dilakukan untuk pesakit kanser prostat.

1. Pembedahan

Pesakit mempunyai dua pilihan rawatan untuk peringkat 1 dan iaitu radical prostectomy atau radical radiotherapy.

2. Terapi radiasi

Terapi radiasi menggunakan tenaga tinggi sinar-x untuk memusnahkan sel kanser. Radioterapi selalunya digunakan dalam peringkat ke 3 dan sesetengah kes peringkat ke 4 kanser.

3. Kimoterapi

Kimoterapi menggunakan ubat untuk membunuh sel kanser, boleh diambil secara makan atau suntikan, Ini mungkin membantu pesakit kanser yang teruk atau kanser prostat yang tidak bertindakbalas dengan hormon.

Rawatan sepatutnya dimulakan secepat mungkin tanpa menunggu gejala berlaku. Rawatan selalunya berjaya dalam jangka masa pendek, dengan mencapai jangka hayat selama 30 bulan dan pengurangan gejala penyakit sebanyak 80 peratus.

Jika anda mengalami simptom-simptom berikut janganlah berlengah lagi, terus mendapatkan rundingan daripada doktor pakar dan mencari solusi terbaik untuk rawatan lanjut.

* Artikel asal disiarkan di Maskulin

Kaki Bengkak, Sakit Pinggang Antara Petanda Kanser Prostat

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Myvi baharu lebih sporty

Kilang roti penuh najis tikus dan lipas

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker