Tiada tindakan hentikan prosiding mahkamah di London terhadap IPIC, kata Peguam Negara

Jabatan Peguam Negara mengesahkan buat masa ini, tiada tindakan untuk menghentikan prosiding mahkamah di London terhadap International Petroleum Investment Company (IPIC) untuk membatalkan perjanjian penyelesaian antara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan syarikat itu.

Peguam Negara Idrus Harun berkata, kerajaan sentiasa bersifat terbuka untuk menimbang sebarang penyelesaian jika terdapat tawaran yang selaras dengan prinsip dan tanggungjawab kerajaan Malaysia, iaitu untuk memastikan aset negara dipulangkan dan pada masa sama keadilan ditegakkan.

“Sehubungan itu, perbincangan sentiasa dilakukan antara kedua-dua kerajaan, termasuk ketika Kerajaan Pakatan Harapan dan juga kerajaan kini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, perbincangan itu hanya membabitkan pegawai kerajaan Malaysia dan kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) tanpa penglibatan pihak lain. FMT



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker