4 kawasan di Kedah dikenakan PKPD secara pentadbiran akibat kluster Sivagangga

Putrajaya meluluskan permohonan kerajaan Kedah untuk melaksanakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran di 4 mukim negeri itu yang dikaitkan dengan kluster Sivagangga, mulai hari ini hingga 30 Ogos ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata, kawasan itu ialah radius 1km dari Restoran Nasi Kandar Salleh di Napoh di Mukim Hosba, Kampung Pida Satu di Megat Dewa di Mukim Ah, Kampung Bendang Dalam di Mukim Binjai, di mana 3 mukim itu terletak di daerah Kubang Pasu serta Kampung Ulu, Padang Sanai di Padang Terap.

“Pelaksanaan PKPD secara pentadbiran akan mengguna pakai SOP sedia ada dengan tambahan sekatan jalan raya di setiap laluan keluar masuk dan penutupan beberapa jalan utama di sekitar,” katanya pada sidang media hari ini. FMT



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker