Rusia akan keluar vaksin Covid-19 menjelang September ini

WASHINGTON – Rusia menyasarkan akan mengeluarkan dua vaksin koronavirus (Covid-19) untuk kegunaan orang awam masing-masing menjelang September dan Oktober ini.

Vaksin yang pertama dihasilkan oleh institut Gamaleya yang beribu pejabat di Moscow dan Kementerian Pertahanan manakala yang kedua pula akan dikeluarkan oleh Vektor iaitu makmal negara dekat bandar Siberia, Novosibirsk.

Setakat ini, Rusia tidak mengeluarkan sebarang data spesifik bagi membuktikan keselamatan vaksin itu atau keberkesanannya.

Bagaimanapun, Kirill Dmitriev yang merupakan ketua dana pelaburan kekayaan Rusia yang membiayai percubaan institut Gamaleya memberitahu CNN: “Ia (pengeluaran vaksin Covid-19) umpama detik-detik (pelancaran) Sputnik.”



Sputnik merupakan satelit pertama dilancarkan Rusia pada tahun 1957.

Pada bulan lalu, media China melaporkan, vaksin Covid-19 dihasilkan oleh CanSino Biologics dan digunakan bagi mengimunkan anggota tentera China menjadikan ia sebagai yang pertama diluluskan bagi tujuan kegunaan untuk penduduk walaupun dalam jumlah yang terhad.

Dua lagi syarikat China iaitu Sinovac dan Sinopharm sudah melakukan fasa terakhir iaitu tiga ujian masing-masing di Brazil dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Namun, pegawai tinggi penyakit berjangkit di Amerika Syarikat (AS), Anthony Fauci membangkitkan kebimbangan pada Jumaat lalu berhubung tentang keselamatan vaksin Covid-19 yang dihasilkan oleh China dan Rusia.



Ia kemungkinan berhadapan dengan penelitian rapi kerana sistem kawal selia di kedua-dua buah negara adalah jauh lebih tidak telus berbanding di Barat.

Fauci ketika ditanya semasa pendengaran Kongres Amerika Syarikat (AS) sama ada negara tersebut mungkin menggunakan vaksin dari China atau Rusia jika ia tiba dahulu berbanding AS bagaimanapun menunjukkan tanda-tanda kemungkinan itu tidak

akan berlaku.

“Saya berharap China dan Rusia menguji vaskin masing-masing sebelum diedarkan kepada sesiapa.



“Mendakwa vaksin sudah bersedia untuk diedarkan sebelum anda mengujinya, saya berpendapat, ia menyusahkan,” katanya.

Tiga vaksin dari negara-negara Barat kini berada dalam fasa ujian terakhir.

Satu vaksin itu dihasilkan oleh sebuah firma biologi AS, Moderna dan Institut Kesihatan Mental.

Sementara itu, vaskin kedua dibangunkan oleh Universiti Oxford dan AstraZeneca dari Britain manakala yang terakhir oleh BioNTech dari Jerman bersama firma AS, Pfizer.



China dan Rusa sebelum ini menafikan masing-masing terlibat dalam percubaan mencuri penyelidikan tentang virus Covid-19. – AFP

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker