Khalid Samad dakwa Adly bukan calon tunggal jadi menteri

Naib Presiden Amanah, Adly Zahari bukan satu-satunya calon dikemukakan parti itu sebagai pengganti Salahuddin Ayub bagi mengetuai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, kata Pengarah Komunikasinya, Khalid Samad.

“Beliau salah seorang daripadanya. Kami tidak mempunyai ramai Ahli Parlimen dan hanya memilih daripada kalangan Ahli Parlimen kami,” katanya kepada FMT.

Bekas Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata, keputusan muktamad bergantung kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim.



Terdahulu, Utusan Malaysia memetik Ahli Parlimen Hulu Langat, Sany Hamzan sebagai berkata Adly, yang juga bekas ketua menteri Melaka, pilihan parti untuk mengisi kekosongan ditinggalkan Salahuddin.

Adly kini timbalan menteri pertahanan dan Ahli Parlimen Alor Gajah.

Seorang menteri yang tidak mahu dinamakan berkata, selain Adly, dua lagi nama mungkin dalam pertimbangan.

“Ya, nama Adly dicadangkan kerana secara hierarki, beliau memegang jawatan kedua tertinggi. Bagi saya secara peribadi, beliau cukup sesuai kerana akan bersinar seperti Salahuddin.



“Dua lagi yang disebut-sebut untuk jawatan itu ialah Aminolhuda Hassan dan Dzulkefly Ahmad,” katanya sambil menambah pengumuman akan dibuat tidak lama lagi, mungkin sebelum PRK Pelangai di Pahang.

Jumaat lalu, Anwar dilaporkan berkata belum ada keputusan dibuat mengenai kekosongan itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas), Armizan Ali memegang portfolio itu buat sementara susulan kematian Salahuddin yang mengalami pendarahan otak pada 23 Julai lalu.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Arak memang dihidangkan – Syasya Dolla



Pengacara popular tak bayar gaji staff?

Ustaz Wadi tegur usahawan kosmetik maki suami (Video)



Cerdik ke bodoh? Seharian beratur beli makanan viral

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker