Hero Batang Kali: Blake mati meninggalkan jasa pada negara

Blake antara empat anjing unit K9 JBPM diberikan pingat ‘Golden Performance’ kerana peranan dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa tragedi tanah runtuh Batang Kali di Selangor pada 16 Disember lalu.

Anjing pengesan milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Blake terpaksa ditidurkan (euthanized) pada jam 4.38 petang Isnin selepas dikesan menghidapi barah.

Blake yang juga dikenali antara hero yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa insiden tanah runtuh di Batang Kali, Selangor pada Disember tahun lalu, didiagnosis menghidap barah lymphoma tahap empat pada 15 Ogos lalu.

Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan, Blake telah dimasukkan sekali lagi ke wad Anjing Kesayangan di Fakulti Veterinar, Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 14 September apabila didapati hilang selera makan dan kelesuan selain untuk mendapatkan perkembangan berkaitan barah dihadapi anjing tersebut.

“Sepanjang berada di wad untuk menjalani pemeriksaan kesihatan, anjing ini gagal memberi respons kepada ubat dan rawatan yang telah diberikan oleh pihak veterinar.



“Barah lymphoma yang dikesan pada anjing tersebut juga semakin agresif sehingga merebak ke seluruh badan dan semakin membesar. Hasil perbincangan bersama Pakar Veterinar, Dr Nur Alimah Rahman, pihak jabatan telah bersetuju dengan keputusan untuk menidurkan anjing pengesan Blake.

“Ia memandangkan kesihatannya yang merosot secara mendadak, tiada harapan dipulihkan serta mengelakkan anjing ini menderita dari kesakitan selain mengambil kira kebajikan anjing tersebut,” jelas kenyataan itu.

Selamat tinggal, Blake.
Selamat tinggal, Blake.

 

Blake merupakan anjing baka English Springer Spaniel yang berasal dari United Kingdom dan merupakan perolehan JBPM pada 2017.



Anjing pengesan itu telah banyak menyumbang kepada kejayaan operasi pencarian yang dijalankan oleh JBPM di seluruh negara, antaranya mengesan mangsa lemas di Tol Batu 13, Lorong 16, Kampung Kenangan, Selangor.

Selain itu, Blake juga terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) kepala air di Titi Hayun dekat Yan, Kedah dan operasi mengesan mangsa tertimbus di Kampung Temelong, Karak di Pahang.

Empat anjing unit K9 JBPM yang diberikan pingat 'Golden Performance' kerana peranan dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa tragedi tanah runtuh Batang Kali di Selangor pada 16 Disember lalu.
Empat anjing unit K9 JBPM yang diberikan pingat ‘Golden Performance’ kerana peranan dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa tragedi tanah runtuh Batang Kali di Selangor pada 16 Disember lalu.

 

“Kehilangan Blake sudah pastinya dirasai oleh seluruh warga JBPM dan khidmat bakti yang telah disumbangkan sepanjang berkhidmat akan sentiasa dihargai dan dikenang. Selamat jalan Blake,” katanya.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Arak memang dihidangkan – Syasya Dolla



Pengacara popular tak bayar gaji staff?

Ustaz Wadi tegur usahawan kosmetik maki suami (Video)



Cerdik ke bodoh? Seharian beratur beli makanan viral



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker