#Covid-19 : 8 kes baru hari ini

Sebanyak 8 kes baru Covid-19 dilaporkan hari ini membabitkan 5 kes jangkitan tempatan.

Ini menjadikan jumlah kes Covid-19 di Malaysia meningkat kepada 8,964 kes dengan 223 pesakit masih dirawat di seluruh negara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 5 pesakit sembuh hari ini, menjadikan semuanya 8,617 kes pulih setakat ini.

“Tiada kematian dilaporkan hari ini menjadikan jumlahnya kekal 124 orang,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini. FMT



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker