‘Wallahi, Wabilahi, Wattallahi. Saya tak terlibat seleweng RM42 juta [Video]

https://www.youtube.com/watch?v=8VJcuH7GC2k&feature=youtu.be

Datuk Seri Najib Razak bersumpah tidak terlibat dalam penyelewengan RM42 juta di mahkamah hari ini.

Beliau berkata demikian selepas bangun membuat penyataan akhir sebelum Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali jatuh hukum kepadanya.

Najib dalam keadaan sayu dan beremosi namun tetap berkata, dirinya tidak bersalah dan tidak sesekali terlibat dengan penyewelengan dana SRC itu.



Untuk pengakuan itu, Najib juga bersumpah beliau tidak mempunyai sebarang saksi mahupun bukti untuk menyokong kenyataannya.

“Wallahi Wabilahi Wattallahi. Saya sekali lagi ingin menyatakan apa yang telah saya katakan sebelum ini.

“Sebagai seorang Islam, saya ingin katakan sekali lagi bahawa saya tidak meminta RM42 juta, mahupun ditawarkan kepada saya. Untuk ini, saya tiada bukti mahupun saksi menyatakan demikian.

“Sekali lagi saya katakan bahawa diri saya tidak tahu-menahu mengenai RM42 juta itu, itu sahaja hendak saya katakan,” katanya.



Terdahulu, Najib yang pernah menjawat jawatan Perdana Menteri selama hampir 10 tahun berkata, beliau telah membawa pelbagai transformasi positif untuk rakyat di negara tidak kira lapisan atau latar belakang.

Malah kata beliau, ada banyak perkara yang dilakukan olehnya telah membawa manfaat besar kepada umum tanpa memberikan apa-apa ‘kredit’ kepada dirinya.

“Sepanjang menjadi Perdana Menteri, negara ini telah berkembang maju dan mengalami pertumbuhan ekonomi yang cukup pesat.

“Tidak lupa juga kita telah berjaya mengekalkan lonjakan saham paling lama. Ditutup pada 1,900 mata di BSKL.



“Dalam tempoh itu juga, saya melihat banyak pembangunan infrastruktur di seluruh negara, termasuk pengangkutan dan perumahan awam dalam skala yang besar.

“Ketika itu juga saya telah pastikan semua rakyat di negara ini mendapat maanfat, sebagai contoh nelayan, petani, pekebun kecil mahun penjawat awam. Mereka semua telah menerima maanfaat daripada program-program di usahakan oleh saya bagi menjana pendapatan,” ujarnya ringkas.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker