Najib Lep lebih sesuai bantu Amanah selepas keluar Umno

Najib Lep lebih sesuai bantu Amanah selepas keluar Umno

“Najib Lep lebih sesuai bantu Amanah”, kata Ketua Umno Pagoh Ismail Mohamed walaupun bekas Adun Bukit Pasir itu sebelum ini menyertai Umno susulan keahliannya terbatal oleh PAS.

Katanya, beliau sejak dulu berpandangan Najib lebih sesuai bersama Amanah berbanding Umno kerana latar belakang bersama PAS.

“Dulu dia sendiri pilih Umno sebab kehendaknya walaupun saya berpandangan, beliau lebih sesuai bantu parti Amanah.

“Itu parti sesuai baginya dan dia memilih untuk menyertainya, kerana dia bekas ahli PAS,” katanya menurut Harian Metro.

Semalam, Najib menyerahkan borang keahliannya kepada Presiden Amanah Mohamad Sabu selepas Ahli Parlimen Kota Raja itu selesai berucap di ceramah kempen PRK Simpang Jeram.

Mohamad berkata, Pakatan Harapan (PH) juga akan mengumumkan penyertaan lebih ramai individu ke dalam gabungan itu, dalam ceramah kempen PRK di Parlimen Pulai, esok.

Pada Februari tahun lalu, keahlian Najib dalam PAS dilapor terbatal secara automatik apabila beliau bertanding sebagai calon bebas di kerusi Bukit Pasir pada PRN Johor selepas tidak dicalonkan parti itu.

Beliau bagaimanapun tewas dan kerusi itu dimenangi calon Barisan Nasional (BN) Mohamad Fazli Mohamad Salleh yang turut menewaskan calon PAS, serta tiga calon lain.

Pada April, dilaporkan Umno Pagoh menerima penyertaan Najib ke dalam parti itu dan beliau merupakan ahli di cawangan Selancar.

Dilaporkan, beliau berhenti sebagai ahli Umno pada 11 Julai lalu. FMT

Najib Lep lebih sesuai bantu Amanah selepas keluar Umno

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10, gegar segala gegar

Jangan tayang suami kalau takut disondol – Che Ta

Saya bukan orang ketiga antara Nafiez dan Fify – Neera

Saya Anak Malaysia lagu wajib Hari Kebangsaan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker