Pemimpin kerajaan digesa pakai topeng, tunjuk teladan baik pada rakyat

Pemimpin kerajaan diingatkan untuk menunjukkan teladan baik kepada rakyat dengan memakai topeng di semua majlis dan mesyuarat serta mengamalkan penjarakan sosial.

Ketua Eksekutif Pusat Galen untuk Dasar Kesihatan dan Sosial, Azrul Mohd Khalib berkata pegawai kanan kerajaan turut dilihat melanggar peraturan yang dilaksanakan ke atas orang ramai.

“Tidak masuk akal untuk mereka minta rakyat mematuhi SOP, tetapi mereka dan kakitangan mereka tidak berbuat demikian,” katanya kepada FMT.

Ketua kumpulan perubatan, Malaysian Medics International, Dr Vikkineshwaran Siva Subramaniam, berkata SOP sedia ada mungkin tidak mencukupi, khasnya untuk pesakit tidak bergejala.



“Bagaimanapun, pemeriksaan suhu mungkin pilihan paling mudah dan kurang invasif yang kita ada. Ia juga perlu menjadi tanggungjawab individu untuk kekal berwaspada dan jujur, jika mereka mempunyai gejala atau jika mereka mungkin terdedah (kepada Covid-19).”

Sementara itu, Azrul berkata, penggunaan semula topeng kain lebih lestari dan menjimatkan kos dalam jangka panjang, serta beliau kesal janji kerajaan untuk memberikan topeng percuma bagi semua isi rumah tidak mencapai kebanyakan sasarannya.

“Ia ternyata tidak mungkin untuk menyediakan (topeng) sekurang-kurangnya 3 topeng kepada setiap isi rumah di negara ini seperti yang diumumkan pada awalnya.” FMT



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker