Pegawai polis cawangan khas ditahan dipercayai seludup PATI di Sarawak

Seorang pegawai polis Cawangan Khas kontinjen Sarawak ditahan selepas dipercayai bersekongkol membawa masuk pendatang tanpa izin (PATI) ke negara ini minggu lalu.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Aidi Ismail berkata, pegawai berusia 45 tahun itu ditahan semasa Op Benteng pada 7 Julai lepas dan kini berada dalam tahanan Jabatan Imigresen bagi siasatan lanjut.

“Dipercayai suspek bersekongkol dengan membawa masuk 2 orang PATI dari Indonesia melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Tebedu.

“Pihak polis juga akan melakukan siasatan dalaman berhubung kes ini,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis penyematan pangkat pegawai kanan polis dan sijil anugerah perkhidmatan cemerlang di ibu pejabat Polis Sarawak, di sini hari ini.



Aidi berkata, beliau mengambil serius perkara itu dan mengarahkan semua ketua polis daerah terutamanya berhampiran sempadan agar meningkatkan pemantauan terhadap pegawai serta anggota masing-masing bagi mengelakkan mereka terlibat dalam penyeludupan PATI.

Op Benteng diaktifkan sejak Mei 2020 di bawah Pasukan Petugas Kebangsaan (NTF) dengan melibatkan kerjasama tentera, polis, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Kementerian Kesihatan, Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Imigresen dan Jabatan Sukarelawan.
FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker