Ingatan Ikhlas kepada Menteri dan Pemimpin UMNO

Jangan percaya dan terpedaya kepada orang yang ada sifat ikram. Bertindaklah segera sebelum menjadi parah dan menjadi barah.

Hari ini, saya tidak boleh bayangkan, di manakah maruah orang-orang yang ada sifat ikram ini, lantikan PH dahulu, sanggup mengondol-ngondol, bodek, berjumpa menteri, pemimpin UMNO, dan Bersatu, untuk kekal dalam jawatan tinggi yang dipegang.

Lebih menjengkelkan lagi sanggup menggunakan kabel dengan berhubung rapat dengan ‘orang yang dekat dengan istana’, bagi melobi kekal jawatan.

Selepas PH jatuh dan PN memerintah, orang-orang yang ada sifat ikram ini mula panas punggung. Bahang semakin terasa bahawa kerusi empok yang disandang sudah tidak kekal lama.



Bagi memastikan kekal berkuasa, berbagai strategi dirancang.

Ketika mereka berkuasa, atas lantikan PH, bukan main lagi lagaknya. Sudah tidak kenal kawan. Kawan jadi lawan. Malah orang yang menaikkan dia pun menjadi musuh. Inilah gara-gara gila kuasa.

Bila sudah terdesak macam ini, baharulah cuba cari dan dekati kawan semula.

Di manakah sifat ikram yang kamu laungkan selama ini? Ternyata, kamu sangat hipokrit.



Saya harap menteri dan pemimpin UMNO tidak mudah terpedaya dengan kelicikan dan pujukan mereka ini. Semuanya racun. Bertindaklah segera, jangan tunggu lama. Bahaya.

Apakah kita semua sudah lupa, ketika mereka berkuasa, bagaimana ‘orang yang tidak ada sifat ikram’ dimalukan. Belum pun kontrak habis, sudah diminta berhenti, digantikan dengan semua orang yang pro mereka.

Ada rakan saya yang baharu keluar hospital, sampai surat dipendekkan perkhidmatan.

Dilantik semua orang yang ada sifat ikram memegang jawatan penting dan strategik menggantikan mereka yang pro UMNO.



Dalam keadaan yang terdesak ini, lebih hina lagi, ada yang sanggup menaikkan pangkatnya sendiri, bagi memastikan, ditakdirkan khidmat dipendekkan, kedudukan gred dan gaji sudah terjamin, berada pada tahap tinggi dan sangat selesa.

Ini kelicikan dan kejahatan yang jangan sama sekali dilupakan.

Kepada orang-orang mendakwa berpegang teguh kepada sifat ikram ini, insaflah, hayatilah makna ikram yang sebenar, kerana sifat inilah salah satu jalan ke syurga. Namun, jika kamu berpura-pura, tunggulah balasannya

Prof. Mohd Ridhuan Tee Abdullah



Related Articles

One Comment

  1. Apakah maksud Ikram Muslimin?

    Bermaksud memuliakan setiap orang Islam kerana imannya dengan menunaikan hak mereka tanpa menuntut hak daripada mereka] Apabila Allah SWT memuliakan seorang Islam yang mempunyai iman walaupun sebesar zarah dengan syurga yang luasnya sepuluh 10 kali dunia, maka wajarlah (sepatutnyalah) kita memuliakannya. Setiap orang Islam adalah berharga. Orang Islam berharga kerana mereka mempunyai iman. Kita patut memuliakan setiap orang yang beriman walaupun iman mereka hanyalah sebesar zarah. Apabila kita dapat memuliakan setiap mereka yang mempunyai iman walaupun imannya hanya sebesar zarah, maka kita akan dapat sifat tawadhuk. Dengan sifat tawadhuk kita akan dapat akhlak yang mulia. Dengan akhlak yang mulia kita akan dapat bersatu hati dan berkasih sayang. Apabila kita dapat bersatu hati dan berkasih sayang, maka mudahlah untuk kita menunaikan hak-hak orang Islam.

    Nilai Ikram Muslimin – Diberitahu di dalam sebuah hadith lebih kurang maksudnya “Sesiapa yang dapat menyempurnakan keperluan saudara muslimnya maka itu adalah lebih baik baginya dari mengerjakan iktikaf sepuluh 10 tahun. Sesiapa yang melakukan iktikaf untuk sehari kerana mencari keredhaan Allah SWT, maka Allah SWT akan menjauhkan dia dari api Neraka sejauh tiga 3 parit dan satu parit jaraknya adalah di antara langit dan bumi;- Riwayat At-Tabrani. Maksud hadith, dari Abdullah bin Amr r.a. sesungguhnya seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w: “Siapakah yang lebih baik keislamannya?”. Rasulullah s.a.w. menjawab “Kamu memberi makan dan mengucapkan salam kepada setiap orang yang kamu kenal dan yang tidak kamu kenal.”;- Riwayat Muslim dan Bukhari. Maksud hadith, dari Abu Hurairah r.a. Dia berkata, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman dan kamu tidak dianggap beriman sehingga kamu saling cinta-mencintai. Mahukah saya tunjukkan kepada kamu sesuatu amalan yang jika kamu melakukannya nescaya kamu akan saling cinta-mencintai? Sebarkanlah salam di antara kamu.”;- Riwayat Muslim.
    Kesimpulan maksud;- Tunaikan hak saudara seIslam kita tanpa menuntut hak darinya.
    Kelebihan;- Diberi tujuh puluh tiga 73 ganjaran di dunia dan tujuh puluh dua 72 di Akhirat.
    Cara hendak mendapatkannya;- Dakwah maksud, kelebihan dan cari hadis Kisah 3 orang sahabat ketika hampir syahid; Sayangi kanak-kanak, kasih hormat Ulamak dan orang tua; Doa supaya dikurniakan hakikat tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker