Sidang Parlimen: Ujian Pertama Kerajaan Tan Sri Muhyiddin Esok · MYKMU.NET

Sidang Parlimen: Ujian Pertama Kerajaan Tan Sri Muhyiddin Esok

Share

Berdasarkan aturan tempat duduk sidang 18 Mei lalu serta peralihan sokongan sejak itu, ada tiga blok utama di Parlimen:

PN = 113 kerusi
PH =91 kerusi
Bebas = 18 kerusi
Jumlah Keseluruhan = 222 (Majoriti Mudah 112/222)

Ujian pertama keutuhan Kerajaan Perikatan Nasional esok adalah sejauh mana kejayaan USUL untuk menyingkirkan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof dan Timbalannya Nga Kor Ming (PH-Teluk Intan) bagi digantikan dengan Datuk Azhar Azizan Harun dan Datuk Seri Azalina Othman Said (BN-Pengerang).

Jika GAGAL, bermakna Kerajaan PN sudah tidak lagi memiliki LEGITIMASI dan MAJORITI untuk meneruskan hayat pentadbiran yang ada. Maka Kerajaan tiada pilihan lain melainkan mengadap DYMM SPB Yang DiPertuan Agong untuk MEMBUBARKAN PARLIMEN.

Moga Kerajaan PN ini terus dipertahankan demi rakyat. Doakan yang terbaik untuk Rakyat dan Negara!

#DoaUntukMalaysia
#DemiRakyat
#PertahanKerajaanPNhinggaPRU15
#MuafakatNasional

Leave a Reply