Tinggal nota sebelum bunuh diri

BUKIT MERTAJAM – Mayat seorang lelaki ditemukan di dalam sebuah bilik hotel di Taman Seri Jaya di sini petang tadi.

Dalam kejadian jam 3.30 petang, mayat Lee Peng Yean, 39, dijumpai di bahagian tandas bilik hotel terbabit bersama sekeping nota yang memaklumkan dia mempunyai hutang.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, dalam nota tersebut si mati turut merayu agar peminjam wang itu tidak menuntut hutang dan mengganggu keluarganya.

Menurutnya, siasatan di tempat kejadian mendapati lelaki berkenaan sengaja menguncikan dirinya di dalam bilik sebelum bertindak melemaskan dirinya sendiri dengan membakar lilin.



“Si mati juga telah menutup semua lubang pengudaraan menggunakan pita pelekat sebagai cara untuk melemaskan diri.

“Penolong Pegawai Perubatan Hospital Bukit Mertajam yang dikejarkan ke lokasi kejadian mengesahkan kematian si mati akibat sesak nafas dan tiada sebarang unsur jenayah berlaku,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

Shafee berkata, mayat lelaki terbabit dibawa ke Hospital Bukit Mertajam untuk tindakan lanjut dan kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker