TH Untung Kerana Kanda? Mintak tolong Bodoh Tu Parking Tepi Sekejap

 

Bukan main berkepak mantan Menteri Wakanda kita bila TH mengumumkan keuntungan Tabung Haji pada serauh tahun pertama berjumlah RM1.86 billion, Kita nak tanya menteri wakanda bila TH mencatatkan kerugian? berapa kali nak ulang?

Zaman BN pengurusan pada waktu itu menggunakan kaedah Net Realisable Value (NRV) untuk seimbangkan defisit RM4.1b tersebut. Caranya, pengurusan TH nilaikan semula harga aset dengan harga yang mereka jangka boleh dijual.



Jadi tinggilah sedikit daripada harga belian asal. Walaupun tuduhan mereka kununnya pengurusan menipu menggunakan creative accounting walhal kaedah itu adalah diakui sebagai standard perakaunan dunia.

Umpama anak kita Phd Holder ada kerja yang baik orang masuk minang kita mintak RM20,000.000 untuk belanja kahwin bukan menjual anak tapi sesuai dengan kedudukan semasa ekonomi dan latarbelakang dan sebagainya. Ini tidak kau nilaikan anak kau tanpa mengambil kira faktor yang ada letak RM2000.00. itulah analogi paling bodoh yang aku boleh bagi.

Sekali lagi dinyatakan untuk mantan menteri wakanda yang jobless Tabung Haji tak pernah rugi.

Tahun 2017, keuntungan bersih mereka adalah RM3.412 bilion. Jumlah ini disahkan juruaudit bebas E&Y dan tak pernah dipertikaikan walaupun sudah berlaku pertukaran kerajaan.



Jadi jangan teruskan propaganda wakanda yang merepek lagi memualkan tu cari la modal lain.

Yeop Karai

Seorang pesara tentera, pemikir politik & Juara Dam Haji Warong Pak Mat Pulau Tiga Kampung Gajah. Kini pencinta Nasi Kandar sepenuh masa

P/s; Wakanda yang Bawah ni dah jawab belum??

 



———————————————————————————————————————————————————————

Kekanda sekali lagi tonjolkan skill tai-chi dia.
Dia tak nafi surat Tabung Haji kepada Kementerian Kewangan pada bulan Disember 2019 yang saya bocorkan hari itu.
Dia tak nafi semua perabot dan kelengkapan 5 buah hotel TH dijual dengan harga RM10,000 sahaja.
Dia tak nafi dia telah luluskan Kementerian Kewangan untuk lelong 18 buah hartanah milik TH termasuk 5 buah hotel TH.
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10157132629720952

Dia kata langkah ini telah selamatkan TH dari beban krisis Covid.
Sebab skill tai-chi dia begitu tinggi maka dia dah lama tahu krisis Covid akan melanda Malaysia setahun kemudian.
Sebab itu PH jual hotel-hotel TH dan hartanah mereka sebelum wabak Covid melanda.

Biarpun lokasi semua hotel-hotel TH adalah amat strategik.
Dekat dengan airport dan nilai hartanah akan terus meningkat.
Biarpun juga antara matlamat utama TH memilik hotel-hotel tersebut ialah untuk kemudahan umat Islam seluruh negara melaksanakan ibadah Haji.



Lalu dia masih tegas bahawa TH bawah kerajaan BN mengalami defisit besar yang disembunyikan walaupun TH dah berpuluh tahun membayar Hibah yang lumayan di bawah BN sehingga sampai ke tangan PH.

Walaupun telah berkali-kali saya tanya kenapa tiada seorang akauntan ataupun juruaudit TH pernah di dakwa memalsu atau menipu akaun.
Dia juga tidak mengaku bahawa Tabung Haji mula mengalami penurunan aset ketara setelah Bursa Malaysia terus menjunam selepas PRU14.

Dijahanamkan lagi oleh langkah amat kurang bijak kekanda pada bulan Oktober 2018 untuk memainkan propaganda bahawa TH ada defisit besar dan TH perlu jual aset-aset mereka.

Akibatnya, TH menerima tekanan yang bertambah besar kerana pelabur-pelabur lain menjual saham-saham milik TH sebelum TH ada peluang menjualnya.



Ditambah pula pendeposit-pendeposit TH yang mengeluarkan wang mereka dan memaksa TH jual lagi saham-saham milik mereka pada ketika harga saham amat rendah untuk memenui permintaan pengeluaran deposit.

Tai-chi lah selagi boleh, kanda.

Tetapi kamu telah mengaku bahawa penjualan aset-aset TH secara lambak melalui Kementerian Kewangan di bawah Menteri Kewayangan PH adalah dengan restu kamu.

https://malaysiagazette.com/2020/06/20/kes-lelong-aset-tabung-haji-siasatlah-saya-mujahid/



Najib Razak 20 Jun 2020

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker