Kakitangan Al Jazeera di Bukit Aman kerana dokumentari pendatang asing

Seramai 6 kakitangan media antarabangsa, Al Jazeera tiba di Bukit Aman untuk diambil keterangan berhubung dokumentari mengenai pendatang asing yang mengundang kontroversi.

Mereka tiba bersama 7 orang peguam pada 8.50 pagi tadi. Turut kelihatan wartawan Drew Ambrose. Difahamkan yang hadir hari ini terdiri daripada wartawan, juruvideo, editor, dan penerbit.

Menurut kenyataan polis semalam, Unit Siasatan Jenayah Terkelas memanggil “saksi-saksi daripada Al Jazeera” untuk memberi keterangan berhubung dokumentari “Locked Up In Malaysia’s Lockdown”.

Dokumentari di program 101 East yang disiarkan pada Jumaat itu menuduh kerajaan menggunakan alasan kesihatan dan keselamatan awam untuk menangkap warga asing yang tidak memiliki dokumen yang sah.



FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker