Covid-19 : 13 kes baru hari ini

Sebaran :

PUTRAJAYA: 13 kes jangkitan baru Covid-19 dilaporkan hari ini, yang mana 8 daripadanya kes import.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media hari ini berkata 5 kes lain adalah penularan tempatan.

Perkembangan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan di mana 8,696 kes.

Sementara itu, 12 pesakit dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang dibenarkan keluar wad 8,511 orang, bersamaan 97.9% daripada kes keseluruhan.

Ini bermaka bilangan kes aktif kini 64 kes.

Dua daripada mereka sedang dirawat di unit rawatan rapi dan kedua-duanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Tiada kematian dilaporkan hari ini, menjadikan angka kematian kekal 121 kes. FMT


Sebaran :

Leave a Reply