Pondan Belanja Sehingga RM2 Juta Untuk Rawatan Kosmetik, Nasihat Jangan Ikut Jejak Langkahnya

Share

Untuk tampil lebih cantik dan bergaya, sudah pasti perbelanjaan perlu dikeluarkan. Namun buat usahawan kosmetik dan penyanyi Safiey Ilias atau nama sebenarnya Mohd Saifuddin Illias jumlahnya bukan sedikit.

Menurut laporan Harian Metro, Safiey menjelaskan dia telah membelanjakan sekitar RM1 sehingga RM2 juta untuk keseluruhan pembedahan kosmetik yang dilakukan sebelum ini.

Kos itu menurutnya termasuklah pelbagai pembedahan yang dilakukan di wajahnya dimana harga untuk keseluruhannya dikatakan berharga lebih kurang dengan sebuah kereta Ford Mustang.

“Kenapa banyak dan mahal begitu? Saya buat naikkan kening dengan tebuk di bahagian atas dahi dengan kos sebanyak RM30,000.

“Saya buat hidung di Korea Selatan menggunakan tulang rusuk dengan kos RM45,000. Untuk hidung saya buat 11 kali yang mana 10 kali sebelum itu dilakukan di Thailand dengan kos RM2,000 hingga RM4,000 untuk sekali menggunakan silikon,” jelasnya.

Selain daripada pembedahan-pembedahan di atas, Safiey juga turut menyenaraikan beberapa lagi pembedahan yang pernah dilakukannya sebelum ini yang menyumbang kepada jumlah keseluruhan itu.

Pendedahan itu dibuat melalui satu video yang dimuat naik beliau di saluran YouTube miliknya, TV SYINTA GILA beberapa hari lalu.

Nasihat sudah, terpulang jika mahu buat
Walaupun telah membelanjakan sejumlah wang yang besar dan melalui beberapa pembedahan sebelum ini, namun Safiey dalam video itu menasihatkan orang ramai agar tidak melakukan apa yang telah dilakukannya sebelum ini.

Bagaimanapun dia menjelaskan tidak mampu menghalang sekiranya ada yang berkira-kira untuk membuat pembedahan plastik tetapi sekali lagi mengingatkan adalah lebih baik sekiranya mereka menghargai kecantikan sedia ada.

“Kalau ada hasrat nak buat pembedahan plastik apa semua, fikir lah banyak kali sebab memang sah-sah haram di sisi Islam.

“Jangan meniru saya, saya cuma memberikan informasi sahaja terpulang kepada anda.

“Saya dah lepas dah menegur anda, terpulang kepada anda kalau nak buat. Hargai kecantikan yang ada pun lebih bagus sebenarnya,” pesannya dalam video tersebut.

Selain memuat naik video pendedahan kos sebenar rawatan kosmetik yang dialuinya, Safiey juga turut berkongsikan pesanan berguna agar individu yang berkira-kira untuk membuat pembedahan plastik mendapatkan khidmat pakar yang betul.

Voc

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!