TEROWONG DASAR LAUT PULAU PINANG: MONEY GAME TERBESAR DALAM SEJARAH MALAYSIA

oleh Lau Chin Kok

Lazim kita dengar peribahasa ‘rumah sudah siap, pahat masih berbunyi’, maksudnya perasaan tidak puas hati ataupun rungutan setelah kerja siap dilakukan kerana ia tidak dilakukan dengan sempurna.

Tetapi lain ceritanya dengan Projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang sepanjang 7.2km yang menghubungkan Persiaran Gurney ke Bagan Ajam di Seberang Perai, yang juga sebahagian daripada Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) itu.

Pada September 2016, Lim Guan Eng telah gugurkan Beijing Urban Construction Group (BUCG) daripada terlibat dengan pembinaan terowong itu. Alasannya? Kerana mereka enggan bertanggungjawab dalam isu berikutan nahas kren yang meragut nyawa seorang wanita berasal dari Pulau Pinang, di sebuah tapak projek milik syarikat itu di Kuala Lumpur, 25 Ogos lalu.



Guan Eng berbohong? Kerana keluarga mangsa tidak mempunyai masalah dengan BUGC, selain berpuas hati dengan penjelasan, pembelaan dan pampasan dikemukakan BUCG.

https://www.bharian.com.my/…/isu-bucg-kerajaan-pulau-pinang…

Awal Februari 2018, Guan Eng tidak senang duduk apabila persoalan mengenai penglibatan syarikat fesyen tempatan, Voir Holding Bhd menjadi pemegang saham syarikat tujuan khas (SPV) oleh Datuk Seri Dr. Ir. Wee Ka Siong.

Kerajaan Pulau Pinang pada 2013 menyatakan bahawa dua syarikat pembinaan China akan menjadi pemegang saham dalam SPV.



Namun, penelitian yang dibuat menunjukkan dua syarikat pembinaan China tidak disenaraikan sebagai pemegang saham SPV. Sebaliknya, Voir Holdings Bhd dijadikan pemegang saham SPV dengan 39 peratus saham selebihnya dipegang beberapa penama.

https://www.malaysiakini.com/news/408587

Bagaimana ia boleh berlaku, sedangkan sebelum itu, Guan Eng menegaskan kontrak berkenaan diberikan melalui tender terbuka.

Kenyataan yang diberikan oleh Perbadanan Pembinaan Keretapi China (CRCC) juga bertentangan dengan apa yang dikatakan oleh Guan Eng.



CRCC mengesahkan mereka tidak pernah memegang sebarang saham dalam syarikat induk SPV itu, Zenith Construction Sdn Bhd, atau tidak pernah terbabit secara langsung dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi projek terowong berkenaan, termasuk pembinaan tiga jalan utama di negeri itu.

Tapi, Guan Eng pula kata , komposisi pemegang saham tidak akan menjejaskan projek itu kerana BUCG, Juteras Sdn Bhd dan Sri Tinggi Sdn Bhd yang berkongsi sepuluh peratus saham,bukan kontraktor utama, sambil menekankan bahawa CRCC masih menjadi kontraktor utama.

https://www.bharian.com.my/…/crcc-bukan-pemegang-saham-proj…

Jadi yang mana satu betul ni? Takkan Guan Eng sebagai Ketua Menteri ketika itu tidak tahu apa yang berlaku?



Alasan ‘salah titik perpuluhan’ yang berlaku semasa Guan Eng jadi Menteri Kewangan tidak perlu dipandang pelik kerana sejak 2013 lagi dia dah guna alasan ‘salah taip’ untuk kos terowong ini.

Pada September 2011, Guan Eng umum kos pembinaan terowong ini sebanyak RM4.08 bilion, tetapi kos itu meningkat selepas dua tahun iaitu sebanyak RM6.3 bilion iaitu peningkatan sebanyak RM2.2 bilion.

http://medantempurkedah.blogspot.com/…/dulu-beri-alasan-sal…

Semasa pemilihan CEC, DAP bagi alasan ‘salah kira’, ini ‘salah taip’ pula.



https://www.mstar.com.my/…/kesilapan-kiraan-undi-cec-dap-me…

DAP dan ‘salah’ berpisah tiada. Sehingga kini, masih sama.

Alasan ‘salah taip’ sepatutnya tidak patut berlaku, langsung tidak boleh diterima kerana ia melibatkan projek mega, kos besar dan ia diumumkan oleh Ketua Menteri sendiri!

Pada April 2019, kes terowong dasar laut ini kembali hangat apabila Raja Petra Kamarudin (RPK) menerusi portal Malaysia Today telah mendedahkan siri pertama ‘Dari Fail SPRM’ mengenai Guan Eng yang telah menerima sogokan 10% daripada kos projek tersebut.



Pengarah Konsortium Zenith Construction Sdn Bhd(KZCSB), Zarul Ahmad Mohd Zulkifli mengakui telah memberi wang sogokan kepada Guan Eng dan kali pertama ‘insiden kotor’ itu berlaku pada April 2013 berjumlah RM300 ribu.

DARI FAIL SPRM: Guan Eng telah menerima sogokan 10% tetapi Peguam Negara telah mengkuburkan kes tersebut

Isu rasuah berhubung terowong dasar laut ini terus didedahkan oleh RPK menerusi beberapa siri artikel dalam versi bahasa Inggeris dan bahasa Malaysia antara 24 Februari hingga 15 Mac 2019. Kesemua dokumen yang didedahkan merupakan dokumen sahih SPRM dah disahkan sendiri oleh Timbalan Menteri (Undang-undang) PH di Dewan Rakyat. Malah laporan polis juga dibuat berhubung kebocoran dokumen terbabit.

https://www.malaysia-today.net/…/dari-fail-sprm-siri-10-ma…/

Mungkin Guan Eng boleh tarik nafas lega apabila ‘menang’ dalam saman fitnah terhadap RPK. Ingat, ini bukan membuktikan Guan Eng tidak bersalah. Sebaliknya Guan Eng menang kes tersebut kerana ia tanpa bicara. RPK tidak membela diri di mahkamah dalam Malaysia sebab sudah lama menetap di United Kingdom!

https://www.sinarharian.com.my/…/Isu-terowong-Guan-Eng-mena…

Tapi pelik, kenapa Guan Eng saman RPK sahaja? Kenapa saman individu yang berada di luar negara? Kenapa takut nak saman Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong? Kerana dua figura ini juga antara yang berani bercakap mengenai penyalahgunaan kuasa Guan Eng dalam projek mega ini.

Najib pun dah cabar Guan Eng untuk samannya, jadi Guan Eng berani atau tidak?

https://mykmu.net/…/isu-terowong-guan-eng-sepatutnya-saman…/

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker